26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azza Elite Menikmati Berdagang, Tidak Peduli Tentang Kritikan Netizen dan Menyara Keluarga

    Shopee Sale



    Azza Elite

    Penyanyi dan pelakon Azza Elite enggan melayani ‘cakap nakal’ netizen yang mengatakan dia terpaksa bersusah payah berniaga demi menyara diri dan keluarganya.

    Abaikan netizen

    Azza Elite

    Ketika dihubungi Azza atau nama lengkapnya Noor Azzarima Zawari berkata, dia tidak terasa hati dengan usikan tersebut, sebaliknya bersyukur diberikan peluang untuk menceburi bidang perniagaan.

    Malah, dia akui seronok menguruskan perniagaan bersama suami, Azlan Zulaily.

    Sudah menjadi asam garam bergelar selebriti. Ada masa netizen suka mengusik dan bergurau. Tetapi semua kata-kata netizen itu tidak sedikit pun menggangu emosi.

    Ada yang kata kasihan lihat saya meniaga cari duit untuk sara hidup. Sebenarnya tidak perlu kasihan dengan saya. Sebaliknya saya bersyukur kerana Allah berikan saya pilihan untuk menceburi bidang perniagaan.

    Saya seronok berniaga dengan suami. Lagi pula bila berniaga ini saya dapat uruskan masa ikut suka hati saya. Boleh ke mana-mana lokasi untuk berniaga, contohnya ke Singapura.

    Di usia saya yang begini saya suka hidup dengan tenang dan habiskan masa dengan keluarga. Kemudian sibukkkan diri dengan perniagaan menjual telekung, sejadah dan insya-Allah akan datang mahu keluarkan minyak wangi.

    Dalam pada itu, Azza berkata meskipun sibuk menguruskan perniagaan, namun dia masih lagi aktif dalam dunia lakonan.

    Sebenarnya kalau nak berniaga seseorang itu perlu ada simpanan untuk dua atau tiga bulan ke depan. Berniaga ini banyak risikonya. Apabila sudah berniaga saya tidak perlu lagi mengharapkan seratus peratus income dunia lakonan.

    Tetapi saya tidak cakap yang saya sudah berhenti berlakon, malah saya masih aktif. Cumanya saya melihat kepada tawaran dan watak yang sesuai dengan masa.

    Dalam perkembangan terkini, drama lakonan Azza berjudul Cinta Bersemi Di Wadi Safiiyah sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

    MENARIK:  Syasya Rizal dan Dolla Tumpang Gembira Bernikah Namun Menafikan Perselisihan Faham

    Selain Azza, drama tersebut turut dibintangi Aniq Suhair, Rita Nadira dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah