28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tyra Kamaruzzaman Puas Hati Dengan Pengalaman Bersalin, Berhabis Hampir RM50,000 – ‘Saya Boleh Kata Berbaloi’

    Shopee Sale



    Pempengaruh Tyra Kamaruzzaman berkongsi jumlah kos rawatan yang dibelanjakannya sewaktu melahirkan anak sulungnya, Tyara di sebuah hospital swasta yang terletak di ibu kota. 

    Hampir RM50K untuk beranak

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Tyra memaklumkan jumlah keseluruhan bagi kos rawatan bersalinnya adalah menghampiri RM50,000.

    Menurut Tyra, Tyara dilahirkan secara pembedahan dan perlu berada di bawah unit rawatan rapi sehingga hari dibenarkan untuk pulang. 

    Saya bersalin di Prince Court dan kos hampir RM50,000. 

    Saya perlu lalui pembedahan untuk melahirkan Tyara dan kami tinggal di bilik suite selama lima hari. 

    Tyara berada di unit rawatan rapi (NICU) dari lahir sehingga hari kami pulang. Diberi ubat hypoglycaemia dan sebagainya.

    Selain itu, Tyara juga perlu berada di bawah lampu sebab demam kuning naik sikit malam sebelum kami pulang ke rumah. 

    Kos yang dibayar berbaloi

    Dalam pada itu, Tyra memaklumkan bahawa bayaran yang dikenakan berbaloi dengan layanan baik daripada kakitangan hospital yang diterimanya.

    Saya boleh katakan ianya berbaloi dengan rawatan yang saya terima. 

    Jika bukan kerana pembekal barangan kesihatan di hospital itu, saya mungkin tidak akan selamat.

    Mereka adalah orang hebat dan sangat baik dengan saya. 

    Berkongsi lebih lanjut, Tyra turut menerima ilmu daripada ahli fisioterapi bagi penjagaan selepas menjalani pembedahan bersalin.

    MENARIK:  Pengalaman Menjadi Seksi Tanpa Mengorbankan Maruah Diri - Lana Nordin


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah