27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bella Astillah Cabar Diri ‘Runway’ Di KLFW 2025 – ‘Ini Peluang Yang Baik’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mencabar diri dengan tampil di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 (KLFW2025) sebagai salah seorang wakil untuk kempen REDManifesto: Women of Worth.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah & Sophia Albarakbah Janggal Di Atas Pentas AMT25 – ‘Saya Kenal Sangat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alicia Amin Terjatuh Ketika Catwalk Di KLFW, Sikap Profesional Raih Pujian – ‘Saya Kena Teruskan & Tampil Sehabis Baik’

    ‘Gementar & harap ini bukan yang terakhir’

    Ketika ditemui , Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, akui gementar apabila perlu tampil sebagai salah seorang model ‘runway’ bagi sebuah jenama kosmetik, LO’real Paris Malaysia.

    Ujar pelantun lagu ‘Lebih Indah Berpisah’ itu, ini merupakan pengalaman pertamanya menyertai acara fesyen yang besar.

    Saya rasa gementar. Sudah tentu, kerana ini bukan bidang saya.

    Tapi Alhamdulillah, saya dapat pengalaman ini dan ia sangat berharga.

    Harapnya ini bukan yang terakhir.

    Bella berkata demikian ketika ditemui di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 ( KLFW2025) di Suria KLCC, pada Khamis.

    MENARIK:  Uqasha Senrose Kongsi Hawra Alami ‘Chicken Pox’ – ‘Bukan Tak Bagi Dua Minggu’

    Mengulas lanjut, Bella mengambil peluang ini untuk mengangkat nama wanita-wanita hebat dan sekali gus menjadi sumber inspirasi ramai.

    Acara ini lebih kepada woman empowering. Semua yang terlibat adalah wanita hebat dan luar biasa. Jadi, saya rasa kenapa tidak?

    Saya anggap ini satu peluang yang baik untuk saya.

    Untuk info, pertunjukan REDManifesto Runway tahun ini mempersembahkan 22 wanita berpengaruh, termasuk Bella Astillah, Che Puan Sarimah Ibrahim, Zahnita Wilson dan ramai lagi dalam misi memperjuangkan nilai dan keaslian wanita moden.

    Setiap figura memukau dengan penampilan anggun berbusana serba merah sebagai simbolik keberanian, kekuatan dan keyakinan diri.

    Kempen REDManifesto: Women of Worth peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 (KLFW2025) ini bukan sekadar pertunjukan fesyen semata, namun menjadi bukti bahawa setiap wanita berhak untuk dilihat, dihargai dan didengari.

    The post [VIDEO] Bella Astillah Cabar Diri ‘Runway’ Di KLFW 2025 – ‘Ini Peluang Yang Baik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah