27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Video Didakwa Nampak ‘Baby Bump’, Siti Saleha Belum Sedia Kongsi – ‘Doakan Yang Baik-Baik’

    Shopee Sale

    Pelakon, Siti Saleha tampil menjawab dakwaan dirinya yang dikatakan kini sedang berbadan dua.

    Artikel Berkaitan: Tiga Tahun Menyulam Cinta, Siti Saleha Kini Isteri Joshua Fitton

    Siti Saleha minta doakan

    Ketika ditemui , pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum memaklumkan dirinya belum terbuka untuk berkongsi sebarang berita gembira buat masa ini.

    Doakan yang baik-baik, Insya-Allah mungkin berita gembira tak lama lagi.

    Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi nak kongsi.

    Siti Saleha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di set penggambaran drama Bad Cop yang berlangsung Wisma Mofaz, Damansara pada Rabu.

    Dalam masa sama, pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’ ini juga seakan memberi bayangan kepada pihak media apabila memaklumkan dirinya bakal bercuti panjang selepas selesai sesi penggambaran.

    Selepas ini saya akan bercuti panjang dan ini akan projek terakhir saya sebelum rehat.

    Panjang juga mungkin beberapa bulan atau tahun.

    Terdahulu, ramai netizen mendakwa Siti Saleha kini berbadan dua selepas tularnya video yang mendakwa ternampak ‘baby bump’ sewaktu pelakon itu menghadiri acara Malaysia Internationl Film Festival pada Ahad lalu.

    MENARIK:  Rita Rudaini Bersuara Isu Program ‘Hero Teladan’ – ‘Nak Jadi Influencer Kena Cerdik, Teladan Celah Mana?’

    Untuk rekod, Siti Saleha mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar 28 Julai 2017 sebelum bercerai empat tahun kemudian.

    Siti kemudiannya sah bergelar isteri kepada pereka fesyen iaitu Joshua Fitton pada Februari lalu.

    Video

    " data-video-id="7529062506715827464" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sallywho_joshuafitton

    I see a baby bump!! Is there any good news? 😁🤍 #sweet #comel #sitisaleha #joshuafitton #sallygotherfitton @Siti_Saleha1 @Sherry Sarijah

    ♬ suara asli – Elyada Victoria – oranganeh

    The post Tular Video Didakwa Nampak ‘Baby Bump’, Siti Saleha Belum Sedia Kongsi – ‘Doakan Yang Baik-Baik’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah