25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Video Didakwa Kritik Lee Zii Jia, Hafizal Hamad Kesal Netizen ‘Korek’ Aib Keluarga

    Shopee Sale



    Sebelum ini, tularnya potongan video memaparkan beberapa orang hos termasuklah pengulas sukan terkenal, Hafizal Hamad yang didakwa ‘menjatuhkan’ pemain badminton negara ketika mengulas dalam satu acara sukan terbitan stesen televisyen swasta.

    Video yang tular itu telah menyorot perhatian peminat sukan yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan komen yang diberikan.

    Individu buka aib peribadi Hafizal

    Terbaharu, tular pula satu ciapan dibuat seorang individu yang bukan sahaja mengkritik tindakan Hafizal malah dengan beraninya menimbulkan sentimen kebencian dalam kalangan netizen terhadap pengulas sukan itu.

    Menerusi ciapan yang dibuat, individu tersebut telah memuat naik gambar arwah ayah kepada Hafizal yang berada di atas sebuah kerusi roda sewaktu mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

    Hafizal minta padam posting

    Tidak berdiam diri, Hafizal tampil memberikan respon terhadap hantaran tersebut menerusi ruangan komen.

    Menurut Hafizal, tindakan membuka aib arwah bapanya tidak wajar dan memintanya untuk memadam ‘posting’ tersebut dalam waktu terdekat.

    Jika gagal berbuat demikian, Hafizal memaklumkan dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis bagi tujuan siasatan.

    Saya mohon awak delete posting, awak ada ayah ibu. Rasanya tak elok, Allahuakbar, aib saya dengan arwah ayah awak buka sekali.

    Saya bagi tempoh, jiika tidak saya akan buat laporan polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    Sementara itu, mendapati hantaran yang dibuat telah pun dipadam individu tersebut.

    MENARIK:  Balik Kampung Dengan Tenang – Shopping Raya Bijak di Taobao Dengan Review Global

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga menyuarakan ketidakpuasan hati dan tidak bersetuju dengan tindakan individu tersebut yang dianggap keterlaluan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah