28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Semula Video Temu Bual, Netizen Dakwa Marissa Kekok Jawab Memori Bersama Norman – ‘Kesian Dia, Mungkin Tak Ada Kenangan Best’

    Shopee Sale



    Tular semula baru-baru ini, sebuah video temu bual anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang bercerita tentang keperibadian bapanya.

    Sikap bapa

    " data-video-id="7495293514700360968" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @abbyabadi97

    papa inspirasi ku #esekeli #berandafyp #berandatiktok #foryoupage #foryou #fypage #fyp #abbyabadi #marissadania

    ? original sound – AbbyAbadi – AbbyAbadi

    Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Marissa atau nama lengkapnya Marissa Dania Hakim menyifatkan Norman sebagai seorang bapa yang sentiasa menyokong dirinya.

    Apa saya suka tentang papa adalah dia selalu bagi semangat dan ada ketika saya susah dan senang.

    Marissa yang berusia 13 tahun pada ketika itu, kemudian dilihat sukar untuk menjawab pertanyaan wartawan berkenaan memori bersama bapanya.

    Ada kenangan manis dengan papa..kalau dengan papa, kami selalu berborak.

    Saya doakan papa, dan nak ucapkan terima kasih kerana menjaga saya dari kecil sehingga besar.

    Komen netizen

    Marissa Dania

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet merasa kasihan dengan Marissa yang berkemungkinan sangat terkesan dengan perceraian ibu bapanya sehingga sukar untuk menjawab soalan yang diajukan.

    Tanya kenangan manis dengan papa dia blur tak boleh nak jawab. Bila tanya papa ada ajar buat kerja rumah atau main basikal dia hanya mampu tunduk. Jadi, Abby yang ada waktu susah dan senang.

    Dia tak boleh nak jawab sebab tak ada kenangan best yang dia boleh kongsikan dengan bapa dia. Kesian juga tengok Marissa ni.

    Kesian dengan dia, dia okay sahaja tetapi dibesarkan dengan ibu bapa yang sudah berpisah.

    Ini bukti Abby tak pernah ajar cakap buruk tentang bapa mereka.

    Dia tak tahu nak jawab sebab mungkin tak ada memori dengan bapa dia.

    MENARIK:  ‘Voice Call’ Puteri Sarah Buat Bella Astillah Geli Hati – ‘Tersembur Saya Tau’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah