
Sebelum ini, tularnya insiden melibatkan pempengaruh, Cik Epal yang didakwa telah dicakar di bahagian muka oleh isteri baharu kepada bekas suaminya, Jofliam iaitu Emira Delyati Dewi.
Bengkak makin teruk

Terbaharu, tular satu foto memaparkan keadaan terkini pada bahagian wajah pempengaruh berkenaan.
Menerusi perkongsian dimuat naik @mei_mayq7 di aplikasi Threads, dapat dilihat luka di bahagian pipi kiri Cik Epal semakin teruk dan membengkak.
Weh, kesiannya Cik Epal.
Muka bengkak, luka lagi, baru nampak.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya risau melihat keadaan wajah terkini Cik Epal.
Dr. Raihana turut respon

Bukan sahaja netizen, perkongsian itu turut mendapat respon daripada seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Raihana.
Di ruangan komen, Dr. Raihana tidak menyangka luka di bahagian pipi Cik Epal akan menjadi teruk sebegitu rupa.
Ujarnya, keadaan luka seperti itu akan mengambil sedikit masa untuk sembuh seperti sedia kala.
Saya tak sangka akan jadi seteruk ini, ya Allah.
Ia akan ambil masa untuk sembuh tapi Cik Epal tetap sangat cantik luar dan dalam.
Terdahulu, Cik Epal atau nama lengkapnya Nur Munirah Mahmood mendakwa dikasari Dewi ketika mengambil barangan di rumahnya.
Walau bagaimanapun, ada yang menganggap Cik Epal menipu kerana keadaan wajahnya itu jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan gambar yang dikongsikan Jofliam.
Dr. Raihana kemudiannya tampil mempertahan Cik Epal dengan menjelaskan bahawa luka yang terhasil tidak akan terbentuk secara serta-merta dan akan mengambil masa disebabkan proses yang dipanggil radang.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu.
Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.





