30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tuala Cepat Berbau Hapak? Ini Cara Penjagaan Yang Betul

    Shopee Sale

    Tuala bukan sekadar keperluan harian, malah memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan dan keselesaan diri.

    Artikel Berkaitan: Kasut Cepat Rosak & Berbau? Ini Tip Penyimpanan Yang Betul Untuk Tahan Lebih Lama

    Artikel Berkaitan: Risiko Pemakaian ‘Skinny Jeans’ Terhadap Kesihatan

    Lembut & tahan lama

    Namun, masalah seperti tuala cepat berbau hapak atau menjadi keras selepas beberapa kali basuhan sering menimbulkan rasa kurang selesa.

    Untuk memastikan tuala mandi kekal bersih, lembut, dan tahan lama, amalkan beberapa langkah penjagaan berikut.

    Selepas menggunakan tuala, jemurkannya di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari bagi menghalang pertumbuhan bakteria.

    Selain itu, disarankan membersihkan tuala sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sebelum proses tersebut, rendamkannya bersama air suam dan sabun pencuci selama kira-kira 30 minit bagi membantu menghapuskan bakteria.

    MENARIK:  [VIDEO] Iman Troye Nafi Laporan Polis Hanya Gimik, Dedah Hubungan Dengan Aliff Syukri Tidak Pernah Baik

    Pastikan tuala direndam berasingan daripada pakaian lain bagi mengekalkan kualitinya.

    Bagi tuala baru pula, rendam selama satu jam dalam campuran air suam, setengah cawan cuka, dan setengah sudu garam halus sebelum dibasuh. Kaedah ini membantu mengekalkan kelembutan kain dan mengurangkan warna yang mungkin luntur.

    Selain penjagaan, pemilihan tuala berkualiti juga amat penting. Utamakan produk yang diperbuat daripada material bermutu tinggi seperti 100% Egyptian cotton dengan daya serapan yang baik, sekali gus memastikan ia lebih tahan lama.

    Sumber: Mingguan Wanita

    The post Tuala Cepat Berbau Hapak? Ini Cara Penjagaan Yang Betul first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah