28.1 C
Kuala Lumpur
Monday, July 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TriviaXTRA: Ada Disleksia, Suka Piercing & Tak Boleh Tinggal Air Manis! Jom Kenali Auddra

    Shopee Sale

    Menerusi segmen #TriviaXTRA menariknya adalah untuk mendekati selebriti dan membongkar sisi peribadi mereka yang mungkin jarang diketahui peminat.

    Bukan sekadar berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, mereka turut mendedahkan tabiat unik, karakter sebenar serta perkara menarik tentang diri masing-masing.

    Kali ini, anak kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira, Auddra Zulkifli tampil berkongsi beberapa fakta tentang dirinya.

    Lebih mesra disapa sebagai Oddah, penyanyi muda itu ternyata mempunyai personaliti yang cukup spontan dan bersahaja. Jom kenali Oddah dengan lebih dekat!

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Memang Nak Cari Duit, Cari Rezeki Untuk Ibu Bapa’ – Auddra

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Gen Z, Sebelum Jadi Artis Tak Kenal Siapa Kamal Adli & Ameng Spring’ – Auddra

    Jom semak empat trivia menarik mengenai Auddra Zulkifli

    1. Mempunyai Disleksia

    Antara perkara yang mungkin belum diketahui ramai, Oddah mendedahkan dirinya mempunyai disleksia.

    Walaupun berdepan cabaran tersebut, keadaan itu tidak menghalangnya untuk terus membina keyakinan dan mengejar minat dalam bidang seni.

    Saya ada disleksia.

    2. Tak Pandai Sorok Perasaan

    Menurut Oddah, dia merupakan seorang yang sangat terbuka dan tidak pandai menyembunyikan apa yang sedang dirasainya.

    Malah, karakter itu dikatakan mirip ibu saudaranya, pelakon Sharifah Sakinah. Sama ada sedang gembira, sedih atau tidak selesa, semuanya boleh dilihat dengan jelas pada riak wajahnya, terutama ketika berada di hadapan kamera.

    Saya jenis ‘open book’, macam mak saudara saya, Sharifah Sakinah. Saya tak reti sorok. Apa yang saya rasa, memang saya tunjuk dekat kamera terus.

    3. Piercing Jadi Sebahagian Daripada Gaya

    Selain menyanyi, Oddah juga gemar bereksperimen dengan fesyen dan penampilan diri.

    MENARIK:  [VIDEO] Nurin Afiqah Dedah Mula Aktif Selepas Tujuh Hari Bersalin, Netizen Mohon Sayang Badan – ‘Apa Yang Dia Nak Buktikan?’

    Salah satu tabiatnya adalah melakukan tindikan atau ‘piercing’ sebagai sebahagian daripada gaya. Bagaimanapun, minat tersebut nampaknya kurang mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibunya.

    Oddah bagaimanapun menganggap ia hanya bersifat sementara dan boleh ditanggalkan apabila dirinya sudah tidak berminat.

    Habit saya ialah piercing, untuk fesyen juga. Tapi bagi mak saya, tak. Tapi nanti hilang, saya cabut.

    4. Tak Boleh Tinggal Air Manis

    Siapa sangka, air manis juga boleh mempengaruhi mood Oddah!

    Oddah mengakui dirinya sangat menggemari minuman manis. Malah, dia boleh menjadi pendiam sekiranya tidak mendapat minuman kegemarannya itu.

    Namun begitu, Oddah tetap memastikan dirinya mengambil air kosong walaupun sudah beberapa kali menikmati minuman manis.

    Saya suka minum air manis. Saya tak boleh kalau tak ada air manis sebab nanti saya akan diam. Walaupun berkali-kali minum air manis, saya tak lupa untuk tetap minum air masak.

    The post TriviaXTRA: Ada Disleksia, Suka Piercing & Tak Boleh Tinggal Air Manis! Jom Kenali Auddra first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah