32.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tragedi Berlaku Ketika Suami Isteri Berebut Harta hingga Maut di Kebun Kelapa Sawit

    Shopee Sale



    Sepasang suami isteri ditemui maut dipercayai dibunuh di kawasan kebuh sawit di Pantai Remis, Perak pada Selasa.

    Mayat dalam kebun kelapa sawit

    Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nordin Abdullah, sebelum kejadian dipercayai berlakunya pertengkaran membabitkan perebutan harta tanah kebun antara kedua-dua mangsa dengan seorang lelaki (adik kepada suami).

    Mayat suami isteri itu dijumpai dalam kebun dengan kecederaan di kepala dan muka kesan dilibas dengan sabit sawit. Suspek kes itu berusia 61 tahun telah berjaya ditahan bagi membantu siasatan.

    Mayat kedua-dua mangsa yang berusia 74 tahun itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

    MENARIK:  [VIDEO] Kamal Adli Imbas Detik Dalam Mahkamah – ‘Ayat Yang Buat Saya Pecah..Dengan Ini Saya Ahmad Kamal Menceraikan’

    Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Asisten Superintenden Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012-5087026.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah