Personaliti media sosial, Umisya Mazlan meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir warganet yang didakwa bertindak menghamburkan kata-kata negatif terhadap anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: ‘Berpada Dalam Percakapan, Cukuplah Apa Yang Saya Telan Selama Ini’ – Umisya Mazlan
Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Kongsi ‘Quote’ – ‘Usaha Jadi Perempuan Ceria, Hidup Penuh Syukur & Tidak Berdendam’
Umisya kecewa
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Umisya berkata, dia menerima dengan hati yang terbuka jika dirinya dihujani dengan kecaman dan menerima segala tomahan daripada warganet.
Namun, dia tidak sanggup melihat anak-anaknya dikaitkan dengan isu yang dihadapinya sehingga menjadi mangsa cercaan di media sosial.
Saya terima segala cacian dan hinaan orang tapi ini melampaui batas hingga melibatkan anak saya atau perkara yang tidak perlu untuk dikatakan.
Saya merasakan saya tidak sepatutnya terima semua ini.
Saya sedih perkara ini mengakibatkan anak-anak saya. Anak saya tak bersalah dalam hal ini, tapi kenapa awak semua nak serang mereka?
Jangan libatkan anak
View this post on Instagram
Justeru Umisya, memohon agar warganet tidak lagi mengaitkan anak-anaknya atau menjadikan mereka sasaran dalam sebarang isu melibatkan dirinya.
Ada yang komen, ‘anak perempuan dia mesti malu dapat mak macam ini.’ Apa yang saya buat?
Saya faham, itulah dunia media sosial. Ada yang suka, ada yang tak suka tapi janganlah libatkan anak saya.
Kita kena fikir ke hadapan, yang berlalu biarkan berlalu. Tapi bila ada yang komen sebegitu, macam mana kita nak melupakan perkara yang dulu.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Umisya Sedih Anak Jadi Mangsa Kecaman Netizen – ‘Mereka Tak Bersalah’ first appeared on OHBULAN!.





