Pelakon, Tiz Zaqyah menyorot perhatian apabila menegur sikap segelintir pihak yang seakan tidak suka melihat orang lain melakukan kebaikan.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Kongsi Rezeki Dengan Pemandu Ojek Indonesia – ‘Nanti Dimakan Ya’
Artikel Berkaitan: Catriona Ross Turut Serta Kongsi Rezeki Dengan Pemandu Ojek Indonesia – ‘Bagi Yang Tak Nak Bantu, Lebih Baik Diam’
Tiz Zaqyah beri teguran
View this post on Instagram
Menerusi Threads, Tiz Zaqyah menyifatkan seseorang itu mempunyai perasaan dengki yang sangat teruk dalam dirinya.
Dalam masa yang sama, pemilik nama Siti Zaqyah Abdul Razak ini sempat berkongsi bacaan doa yang boleh diamalkan bagi ‘membuang’ sifat hasad dengki itu.
Ini adalah gejala ‘PHD’ (Penyakit Hasad Dengki) yang membiak di dalam hati yang ‘busuk’.
Ubat supaya tidak berjangkit, sebutlah, ‘Allahumma barik’ apabila melihat kebaikan yang ada pada orang lain.
InsyaAllah, sembuh, semoga bermanfaat.
Tiz Zaqyah memuat naik hantaran tersebut susulan kenyataan pelakon, Rashidi Ishak yang mempertahankan tindakan individu memberi bantuan makanan kepada keluarga di Indonesia yang ketika ini sedang berdepan dengan pergolakan.
Posting Tiz Zaqyah dan Rashidi Ishak

Sekadar info, Indonesia ketika ini sedang dilanda gelombang protes besar-besaran dibuat rakyat Indonesia selepas Presiden mereka, Prabowo Subianto mengumumkan kenaikan elaun Ahli Parlimen sehingga mencecah sekitar Rp50 juta sebulan (RM12,869.35).
Keadaan di sana menjadi semakin tegang selepas seorang pemandu ojek, Affan Kurniawan maut akibat digilis trak ‘Barracuda’ sehinggakan mencetus kemarahan rakyat.
Keadaan yang tegang itu juga membuatkan ramai pihak menghulurkan bantuan dengan cara memesan makanan dengan menggunakan aplikasi e-hailing makanan sebagai tanda solidariti.
Antara selebriti Malaysia yang berbuat demikian termasuklah pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Catriona Ross.
Sumber: Threads Tiz Zaqyah
The post Tiz Zaqyah Tegur Netizen Busuk Hati Tengok Ramai Kongsi Rezeki Dengan Rakyat Indonesia – ‘Ini Perasaan Hasad Dengki’ first appeared on OHBULAN!.



★ 𝗧𝗜𝗭 𝗭𝗔𝗤𝗬𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞 ★
(@tiz.zaqyah)

