34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TikToker Terkenal Indonesia, Shella Selpi Meninggal Dunia Akibat Kanser Ovari Selepas Dua Minggu Bernikah

    Shopee Sale



    Khabar duka buat peminat TikToker Indonesia yang dikenali sebagai Shella Selpi apabila pempengaruh terkenal itu disahkan meninggal dunia akibat kanser ovari pada malam Khamis lalu.

    Baru kahwin dua minggu

    Berita pemergian Shella disahkan sendiri oleh suaminya, Albid Wizky menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).

    Menerusi hantaran tersebut, Albid turut meminta sahabat andai yang mengenali Shella untuk memaafkan segala kesalahan yang pernah dilakukan arwah isterinya.

    Innalillahiwainnailaihirajiun, isteri tercinta saya Sella Selpi Lizah Didin Jaenudin telah pulang ke rahmatullah.

    Buat rakan-rakan Shella, minta dimaafkan egala dosa isteri saya jika pernah melukakan atau mengguris hati mana-mana pihak.

    Lebih memilukan ialah, Shella dan Albid difahamkan baru sahaja menikah sekitar dua minggu yang lalu.

    Sekadar info, Shella yang mengadu sakit pada bahagian perut selepas melakukan aktiviti renang disahkan menghidap kanser ovari pada tahun 2021.

    MENARIK:  Seniman Sedia Bekerjasama Kaji Garis Panduan Pakaian Artis Beragama Islam

    Dia kemudian melakukan pembedahan pada 2022 selepas sel kanser tersebut disahkan telah merebak ke bahagian rahim sebelum kesihatannya menjadi tidak menentu.

    Sepanjang berdepan dengan kesakitan itu, Albid yang merupakan kekasih Shella dilihat setia menemaninya sebelum meneruskan hasrat bernikah dengan pempengaruh itu pada pertengahan Ogos lalu.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by @albidwzky

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah