25 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga Tahun Menyulam Cinta, Siti Saleha Kini Isteri Joshua Fitton

    Shopee Sale



    Siti Saleha

    Menamatkan teka-teki, pelakon Siti Saleha selamat mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen tempatan, Joshua Fitton pada Sabtu.

    Sah bergelar suami isteri

    Siti Saleha

    Perkara itu dikongsikan oleh penata rambut atau ‘hairstylist’ yang menyiapkan aktres berusia 35 tahun itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

    Dalam perkongsian tersebut, Saleha yang mengenakan busana serba putih dilihat duduk di atas pelamin dan menadah tangan menandakan akad nikah sudah selesai.

    Joshua pula, tampan dalam persalinan baju Melayu putih lengkap bersampin dan bersongkok.

    MENARIK:  Kak KM Kongsi Rahsia Murah Rezeki, Tak Pernah Culas Beri Duit Bulanan & Sentiasa Utamakan Ibu

    Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

    Pada November tahun lalu, Saleha mendedahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Joshua selepas dua tahun mereka menjalin hubungan istimewa.

    Untuk rekod, Salehah atau mesra disapa Sally pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah