32.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tidak Sangka Perasaan Suka Akan Bertukar Kepada Benci, Saya Rasa Diburu & Diancam’ – Mawi

    Shopee Sale



    Penyanyi, pelakon dan pengarah Mawi tidak menjangka zaman kegemilangannya selepas memenangi program Akademi Fantasia musim ketiga pada tahun 2005 akan berubah sekelip mata apabila masyarakat mula membencinya beberapa tahun selepas itu gara-gara isu putus tunang.

    Perasaan suka tukar jadi benci

    Menerusi temu bual bersama , Mawi sedar tahun 2005 banyak memori indah telah tercipta buat dirinya lebih-lebih lagi fenomena tsumawi turut wujud selepas itu. Namun begitu, Mawi tidak menjangka semuanya boleh berubah sekelip mata. Daripada orang ramai suka, tiba-tiba bertukar benci.

    Saya diberi pengalaman berbeza. 2005, bermula era kegemilangan penuh kemasyhuran. Tetapi selepas itu, bertukar kepada kebencian. Tetapi gemilang atau tidak, semuanya bergantung kepada penerimaan sendiri.

    Saya pun tidak sangka, perasaan suka itu akan bertukar kepada benci sehingga satu ketika saya seolah-olah diburu dan diancam. Saya belajar cara untuk menerima. Apa yang ketika itu saya rasa.

    Tetapi selepas melalui pelbagai pengalaman hidup, saya sedar apa yang berlaku itu bukan sesuatu yang besar pun. Kalau dalam bahasa kasar, tak ada apa pun. Semuanya masih dalam ingatan saya.

    Disoal mengenai cerita lama diungkit kembali, Mawi berkata, perkara yang berlalu itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan apa yang telah dia lalui.

    Saya rasa perkara itu sudah menjadi terlalu kecil berbanding apa yang telah saya lalui. Pengalaman mati hidup semula, jadi gila sampai berbulan lamanya itu paling teruk saya hadapi. Disebabkan kejadian-kejadian itu, saya rasa apa sahaja ujian yang pernah juga saya lalui macam kecil.

    Saya pun tak mahu ungkit, fokus dengan perkara-perkara lain. Kita ini semua dalam ‘cerita’ Allah. Kalau kita faham, kita akan tenang dan reda dengan apa yang jadi. Tiada manusia sempurna, termasuk saya juga. Saya pun pernah buat silap.

    MENARIK:  Aplikasi PahangGo Cipta Rekod MBOR, Paling Banyak Ciri Untuk Rakyat!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah