24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tidak Hanya Kisah Cinta, Tegkang Paparkan Keindahan Bario & Budaya Masyarakat Kelabit

    Shopee Sale



    Agak jarang buat penonton untuk disajikan dengan sebuah naskhah yang mengangkat tema tentang budaya sesebuah masyarakat namun itulah kelainan yang cuba ditampilkan melalui filem ‘Tegkang’.

    Angkat budaya masyarakat Kelabit

    Filem arahan Josh Nawan ini mempersembahkan sebuah jalan cerita yang bukan sahaja bertemakan cinta, malah turut memaparkan budaya masyarakat Kelabit dan keindahan sebuah tempat bernama Bario yang terletak di negeri Sarawak.

    Menurut Josh, pemilihan Bario sebagai lokasi untuk filem berkenaan dibuat setelah melihat tarikan di kawasan berkenaan.

    Mungkin tidak ramai pernah datang ke Bario, sedangkan ia adalah sebuah tempat yang menarik dengan keindahan semula jadi yang boleh menjadi tumpuan pelancong.

    Selain itu, komuniti di sana iaitu kaum kelabit juga sangat unik dengan budaya yang tersendiri.

    Jadi, Tegkang menjanjikan sebuah naskhah yang mempunya tarikan tersendiri untuk ditonton.

    Josh berkata, selain menampilkan Syafie Naswip dan Michelle Lungan sebagai pelakon utama, filem tersebut rata-ratanya juga menampilkan pelakon-pelakon dari kaum Kelabit serta 99 peratus penggambaran dilakukan di Bario.

    Inspirasi kehidupan Josh

    Bukan itu sahaja, Josh yang juga bertindak sebagai penulis skrip menyatakan bahawa jalan cerita dalam filem ‘Tegkang’ adalah inspirasi daripada kehidupannya sendiri.

    Skrip filem ini saya mula hasilkan sejak tahun 2010 dan selepas 14 tahun, barulah ia dapat diterjemahkan kepada sebuah filem.

    Sebenarnya, Tegkang adalah inspirasi daripada kisah kehidupan saya sendiri yang membesar di rumah panjang. Kisahnya berkait rapat dengan datuk saudara saya.

    Sementara itu, Jason Chong selaku Penerbit Eksekutif pula mengakui pihak produksi berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika menghasilkan filem ‘Tegkang’.

    Pada mula memang rasa susah sebab lokasinya yang agak jauh, perbezaan bahasa serta nak memahami budaya setempat itu sendiri.

    Apapun sebaik sahaja selesai dan menontonnya di skrin pawagam, kami rasa bangga dengan filem ini. Termasuk dengan semua barisan pelakon yang banyak memberikan kerjasama yang baik.

    Filem Tegkang

    Filem ‘Tegkang’ yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 28 November ini mengisahkan tentang hubungan antara seorang pelancong, Hanafi (Syafie Naswip) dengan seorang gadis tempatan iaitu Rinai (Michelle).

    MENARIK:  ‘Saya Sendiri Yang Datangkan Fitnah Itu Dulu, Orang Cakap Saya Pengkid’- Ardell Aryana 

    Namun begitu, kehadiran Hanafi ternyata telah mengubah kehidupan Rinai, yang akan mengakibatkan sebuah rahsia lama yang tersimpan akhirnya terbongkar.

    Selain Syafie dan Michelle, Tegkang turut dibarisi pelakon-pelakon tempatan seperti Hezekiah Asim, Pun Ratu Aran dan Lian Tarawe.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah