34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tidak Benar & Fitnah! Qawiy Nafi Terlibat Jenayah Gangguan Seksual

    Shopee Sale



    Pempengaruh, Abdul Qawiy Abd Rashit atau dikenali Qawiy yang terkenal dengan video ‘tebuk’ mengaji di jalanan menafikan dakwaan dia terlibat dalam jenayah gangguan seksual seperti yang viral di media sosial.

    Tidak benar & fitnah

    Menurut Qawiy, dakwaan yang viral itu tidak benar sama sekali dan fitnah. Tambah Qawiy, pada mulanya dia enggan memberi sebarang komen mahupun kenyataan mengenai isu yang berbangkit. Namun, bagi mengelak timbul salah faham dan fitnah, dia terpanggil untuk memberi penjelasan.

    Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di laman sosial tentang Qawiy. Ye sepatutnya Qawiy tak perlu pun balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ini dan untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, Qawiy perlu jelaskan di sini kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di laman sosial adalah tidak benar & dan fitnah.

    Semoga kita semua dirahmati Allah SWT, terima kasih.

    Sejeka beberapa hari lalu, tular di platform X laporan polis seorang individu yang menyatakan Qawiy memintanya melakukan perkara tidak senonoh ketika berhubung menerusi panggilan video selain menghantar mesej berbaur lucah dan melakukan cubaan merabanya ketika mereka keluar bersama.

    MENARIK:  [VIDEO] Puteri Sarah Beli Kereta Baru, Nafi Dapat Hadiah Daripada Syamsul Yusof – ‘Dia Bukan Suami Lagi Pun’

    Bukan setakat itu, seorang pengguna platform X menerusi ciapannya turut menulis surat terbuka kepada Qawiy dengan mendakwa menerima kiriman mesej daripada pempengaruh berkenaan yang mahu memfailkan saman terhadapnya dipercayai kerana terasa dengan satu kenyataan dikeluarkannya.

    Pengguna platform X itu turut mendakwa dimaki hamun oleh golongan digelarkannya pentaksub Qawiy dan menuntut pempengaruh berkenaan melakukan sumpah laknat bagi menafikan perbuatannya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah