Anak kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, iaitu Aazief Khalid memberi pendapatnya mengenai kos yang perlu ditanggung dalam perhubungan.
Artikel Berkaitan: Individu Pesan Jangan Normalisasi Berbuka Dengan Keluarga Kekasih, Aazief Khalid Kongsi Pengalaman – ‘Ramadan Masa Sesuai Rapatkan Silaturahim’
Artikel Berkaitan: Aazief Khalid Tempelak Segelintir Netizen Suka Buli Siber – ‘Acah Anti-Buli, Padahal Kaki Kutuk’
Lelaki kena tanggung semua ke?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu mempersoalkan tanggungjawab lelaki yang perlu menanggung sepenuhnya kos perbelanjaan semasa bercinta.
Namun, individu terbabit akui tiada masalah untuk membayar sepenuhnya setelah sah menjadi suami isteri.
Tak faham zaman sekarang. Memang wajib ke lelaki untuk bayar semua walaupun dalam fasa berkenalan.
Makan, membeli-belah, jalan-jalan dan lain-lain. Istilah 50/50 memang dah tak wujud ke?
Kalau pasangan itu pasti jadi milik sendiri tidak mengapa untuk bayar semuanya.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Aazief yang tampil memberikan pendapatnya.
Menurut Aazief, sesebuah hubungan boleh kehilangan rasa romantik sekiranya pasangan meletakkan jangkaan 50/50 dari segi perbelanjaan.
Tiada istilah 50-50 dalam hubungan.
Nasihat saya, jika anda mahukan seseorang yang kadangkala membantu membayar, carilah pasangan yang pemurah. Jika dia benar-benar suka anda, sudah tentu dia sanggup berbelanja untuk anda.
Pada pendapat saya, apabila meletakkan jangkaan 50-50 dalam hubungan, ia boleh membuatkan hubungan itu terasa kurang romantik.
Sumber: Threads @aaziefkhalid
The post ‘Tiada Istilah 50/50 Dalam Hubungan’ – Aazief Khalid first appeared on OHBULAN!.





