30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Terima Mesej Ugutan Rogol, Diana Danielle Teruskan Laporan Polis Selepas Individu Mohon Maaf

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle tetap pendirian untuk mengambil tindakan undang-undang tentang mesej berbaur ugutan seksual yang diterima.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Diana Danielle Dedah Pernah Hidup Gelandangan – ‘Tak Mampu Nak Beli Nasi Lemak RM1’

    Artikel berkaitan: Sering Terima Kiriman Mesej Berbaur Gangguan Seksual Di Media Sosial, Diana Danielle Ingatkan Netizen ‘Malaysia Ada Akta’!

    Terima ugutan rogol

    Menerusi sesi soal jawab di Instagram Story, Diana mendedahkan mesej daripada individu yang menyatakan niat untuk merogolnya (soon will rogol you).

    Kata Diana, dia menunggu permohonan maaf dan menegaskan tidak teragak-agak untuk mencari maklumat peribadi individu berkenaan.

    Awak hantar NGL kepada saya dan cakap sesuatu yang boleh saya buat laporan. Apa yang awak katakan ini sangat serius, dan saya tunggu awak minta maaf atau saya akan bawa perkara ini ke mahkamah apa yang awak hantar kepada saya.

    Hanya kerana saya menjawab soalan secara tanpa nama, tidak semestinya awak boleh berkata apa-apa sahaja.

    Saya boleh cari maklumat peribadi awak dengan mudah. Jangan pandang rendah kepada saya. Saya ambil perkara ini secara serius.

    Tidak lama kemudian, individu itu tampil memohon maaf dan berharap agar tindakannya turut memberi pengajaran kepada orang lain.

    Saya minta maaf di atas apa yang saya katakan. Jadikan perkara ini sebagai pengajaran kepada saya dan mereka yang ingin bertindak bodoh dengan membuat gurauan bodoh.

    Bagaimanapun, Diana tetap dengan keputusannya untuk membuat laporan polis supaya memberi pengajaran kepada individu tersebut.

    Saya tetap akan membuat laporan polis untuk awak hadam dalam kepala. Awak ugut untuk merogol saya.

    MENARIK:  Sarah Suhairi Tidak Terkejut dengan Tuntutan Peminat Indonesia Mengenai Lagu Setia Akhir Hayat!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah