28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Terima Lafaz Perceraian Pada Malam 1 Januari 2025’ – Fatin Nabila

    Shopee Sale

    Pendedahan personaliti media sosial, Fatin Nabila tentang perceraian yang berlaku dalam rumah tangganya telah menyorot perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tolong Jangan Tinggal’ – Fatin Nabila Perjelas Kebaikan Doa Iftitah Dalam Solat

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat Konten Rapatkan Muka Di Skrin, Influencer Muslimah Mohon Maaf – ‘Saya Akan Perbaiki Suara & Ekspresi Muka’

    Dugaan tahun 2025

    View this post on Instagram

    A post shared by Fatin Nabila Ahmad Zainuddin (@fatinnnabila)

    Menerusi hantaran di Instagram, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nabila Ahmad Zainuddin menyenaraikan ujian yang menimpanya sepanjang tahun 2025, antaranya adalah perceraian, kerugian wang serta trauma.

    Terima lafaz perceraian pada malam 1 Januari 2025.

    Mengalami kerugian lebih RM400,000 pada awal tahun 2025.

    Mengalami banyak kehilangan (setiap malam sesak dada menyelesaikan masalah).

    Enam bulan trauma mimpi benda yang sama ‘dipukul, dimaki hamun dan dihina.’

    Yang lain, biarlah saya simpan sendiri.

    Walau bagaimanapun, Fatin tetap bersangka baik dengan setiap dugaan besar yang dihadapinya dan menemukan ketabahan diri melalui penghayatan agama serta Al-Quran.

    MENARIK:  Nabila Huda Perjelas Projek Jual Pasta Hanya Mengisi Masa Lapang, Bukan Syarikat Besar & Cari Untung – ‘Ramai Cari Salah, Pakaian Pun Jadi Isu’

    Dalam masa yang sama, Fatin turut memohon doa agar dia diberikan kekuatan menjalankan aktiviti di media sosial selain dikurniakan jodoh yang lebih baik daripada Allah SWT.

    Tak sangka juga, melalui semua ujian ini. Allah sedang bantu untuk keluarkan karakter yang matang.

    Doakan saya supaya diberi jiwa yang besar untuk terus berkarya dalam platform ini.

    Doakan saya juga supaya dapat jodoh yang terbaik untuk bimbing lalui kehidupan ini.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak selepas mengetahui ujian yang dilalui oleh Fatin serta turut mendoakan dirinya.

    Sumber: Instagram Fatin Nabila

    The post ‘Terima Lafaz Perceraian Pada Malam 1 Januari 2025’ – Fatin Nabila first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah