28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tempoh Tahanan Reman Suami Isteri Pempengaruh, Dua Individu Dilanjutkan

    Shopee Sale



    Tempoh tahanan reman pasangan suami isteri pempengaruh bersama dua lagi individu disambung sehingga 16 Julai ini.

    Tempoh reman disambung

    mahkamah

    Memetik laporan Harian Metro, perintah sambung reman selama tiga hari itu dikeluarkan Majistret Siti Zahirah Zaidon selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya berikutan tempoh asal reman kesemua suspek tamat pada hari ini.

    Kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an telah ditahan SPRM pada 10 Julai lalu kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

    Suspek yang juga pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul.

    Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal dan pada masa yang sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama.

    Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan sambungan tempoh reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

    MENARIK:  Video ‘Freehair’ Isteri Tular, Prince Syed Tampil Beri Penjelasan – ‘Anak-Anak Main Telefon, Mereka Buka Draf TikTok & Post’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah