29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video ‘Freehair’ Isteri Tular, Prince Syed Tampil Beri Penjelasan – ‘Anak-Anak Main Telefon, Mereka Buka Draf TikTok & Post’

    Shopee Sale



    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid tampil memberi penjelasan berhubung video isterinya, Fatin Syazwani, tanpa berhijab yang tular di media sosial baru-baru ini.

    Penjelasan Prince Syed

    " data-video-id="7497675429193485586">
    @prince.syed.shahid Saya sedih hari ini , ada kejadian tak di duga terjadi , kami baru jer habis menghadiri Majlis Open House @sitijamumall @A B I E J A M ? original sound – Prince Syed Couture

    Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif menjelaskan bahawa insiden tersebut berlaku secara tidak disengajakan selepas telefon bimbit peribadinya digunakan oleh anak-anak mereka.

    Saya sedih hari ini, ada kejadian tak diduga terjadi. Kami beru je habis menghadiri Majlis Rumah Terbuka Siti Jamumall dekat Setia Alam.

    Tengah seronok tiba-tiba ada yang sampaikan isu video viral yang da ternampak rambut isteri saya. Saya ke majlis ni tanpa bawa anak-anak dan tinggalkan bersama ibu saya di rumah.

    Prince Syed memaklumkan bahawa telefon bimbit miliknya tidak mempunyai kata laluan kerana sering diberikan kepada anak-anak untuk menonton YouTube.

    Namun tanpa disedari, video lama yang disimpan sebagai draf peribadi di aplikasi TikTok telah dimuat naik secara terbuka.

    Jadi telefon peribadi memang selalu bagi anak-anak buat main untuk tengok Youtube dan apa yang mereka suka. Sebab telefon peribadi saya tu tak ada password, senang anak-anak nak buka dan main.

    Tiba-tiba ada yang jumpa beritahu pasal video tu, terkejut jadinya. Kakak saya yang seharusnya ada dalam majlis rumah terbuka ni terus bergegas balik untuk hentikan video tersebut dari terus tersebar.

    Tambahnya, ketika ini isterinya sudah kembali menjaga aurat dengan lebih sempurna dan hanya mengunjungi salun khas untuk wanita Muslimah.

    Sebab saya menjaga aurat isteri saya sentiasa, saya bukan suami yang nak bawa isteri ke lembah neraka dan sekarang pon rambut isteri saya sudah berwarna hitam ya, bukan blond mcm dalam video tu sebab itu video setahun/2tahun lepas masa tu wife teringin sangat nak rambut cantik.

    Sekarang isteri saya tak ada pergi saloon lain hanya pergi salun muslimah sebab kita nak jaga segala batas aurat dan nak jadi lebih baik dari sebelun ni.

    Prince Syed turut merayu kepada orang ramai untuk menghentikan penyebaran video berkenaan kerana ia melibatkan maruah dan aib isterinya.

    MENARIK:  Amelina Enggan Layan Suami Orang, Terus Cepat Tarik ‘Handbrake’ – ‘Saya Seorang Yang Manja’

    Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Fatin Syazwani tidak bertudung ketika berada di sebuah salun dan mendapatkan khidmat dandanan daripada seorang pendandan lelaki, sekali gus mengejutkan ramai pihak.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah