Isteri kepada pelawak, Achey iaitu Anne tampil memberikan semangat kepada pelakon, Janna Nick agar tidak berputus asa dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.
Artikel Berkaitan: Janna Nick Dedah Tak Pernah Dijemput Ke Majlis Baby Shower & Gender Reveal – ‘Mereka Takut Saya Sedih Ke?’
Artikel Berkaitan: Janna Nick Kongsi Tip Jaga Solat Ketika ‘Travel’ – ‘Saya Bawa Telekung & Botol Spray Saja’
Jangan putus asa
View on Threads
Menerusi komen di Threads, Anne yang sudah 15 tahun berikhtiar untuk hamil (TTC) berkata dia dan suaminya masih tidak berputus asa untuk memiliki cahaya mata.
Dia turut berharap agar Janna tidak putus berharap melalui pelbagai proses untuk mendapatkan anak.
Awak jangan putus asa. Saya dengan Achey sudah TTC selama 15 tahun.
Tahun ini IVF pada kali kedua.
Saya doakan awak juga semoga dimudahkan semuanya.
Anne meninggalkan komen berbaur semangat itu selepas Janna meminta orang ramai tidak terlalu bersimpati dengan nasibnya yang kini masih berusaha untuk memiliki cahaya mata sendiri.
Untuk rekod, Janna dan suaminya, Dini Schatzmann mendirikan rumah tangga pada Jun 2023 di Kedah.
Sumber: Threads
The post Isteri Achey Beri Semangat Buat Janna Nick, Pesan Jangan Putus Asa Usaha Dapatkan Zuriat first appeared on OHBULAN!.





