28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kieda Crepe Mengaku Terlalu Beremosi, Mohon Maaf Isu Pelanggan ‘Review’ Jujur– ‘Selepas Ini Andai Tak Kena Selera, Jangan Hina’

    Shopee Sale



    Kieda Crepe

    Enggan lagi mengeruhkan keadaan, usahawan sensasi, Kieda Crepe memohon maaf kepada semua pihak berhubung isu ulasan jujur diberikan pelanggan terhadap produknya yang kecoh dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

    Mohon maaf

    Kieda Crepe

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Kieda atau nama sebenar Khalieda Yusri berkata, dia menerima semua teguran diberikan dengan hati terbuka dan mengakui dirinya bertindak mengikut emosi.

    Kieda berkata, dia akan menjadikan insiden itu sebagai pengajaran dalam hidupnya.

    Saya terima setiap satu kritikan untuk saya jadi lebih baik. Lapang dada saya terima semuanya. Insya-Allah dan terima kasih semua sudi nasihat saya dengan baik.

    Salah saya sebab terlampau emosi, sebab saya sangat kecewa sedangkan kamu juga pekerja kedai crepe. Awak mesti tahu strugglenya boss naikkan branding cari sale untuk bayar gaji.

    Maafkan saya, maafkan saya kerana sudah buat semua kecewa dengan saya. Moga semua ini dijadikan pengajaran buat saya.

    Pesanan

    Kieda Crepe

    Dalam hantaran sama, Kieda turut berpesan kepada pelanggannya supaya tidak menghina produknya jika tidak kena dengan selera mereka.

    Saya berharap selepas ini, andai ada tak kena selera jangan sampai menghina dan mengeji umpama tiada kebaikan.

    Jangan fitnah dengan ayat ‘Kieda game’ pelanggan sedang awak tahu macam saya perjuangkan nak naikkan jenama Kieda Crepe.

    Terdahulu, seorang wanita memberi ulasan jujur dengan mengatakan ‘crepe’ yang dijual Kieda tidak sedap selain harga yang diletakkan tidak berpatutan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Mama Yang Terkejut Sebab Ada Marissa Dania’

    Tidak lama kemudian, Kieda berjumpa dengan wanita terbabit dan mendakwa tindakannya telah memberi kesan negatif kepada syarikat. Malah, Kieda telah memulangkan semula wang wanita itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah