Pelakon, Catriona Ross meluahkan rasa syukur atas kurniaan seorang anak istimewa, iaitu Jammal Raess yang menghidap autisme dan menyifatkannya sebagai anugerah paling bermakna dalam hidupnya.
Artikel Berkaitan: Catriona Ross ‘Backup’ Netizen Dakwa KOL Tak Bekerja Tetapi Kehidupan Mewah – ‘Awak Tak Nampak Proses Keseluruhan’
Artikel Berkaitan: ‘Mentaliti Masyarakat Kita Dah Tenat, Seolah Menghalalkan Perbuatan Membunuh’ – Catriona Ross
Syukur bergelar ibu kepada anak istimewa

Menerusi satu hantaran di Threads, Catriona atau nama penuhnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 46, memaklumkan bahawa anak istimewanya tanpa disedari telah mengajarnya erti sebenar kehidupan, sekali gus menjadikan dirinya seorang insan yang lebih baik.
Tuhan anugerahkan saya seorang anak yang luar biasa dan tanpa sedar, dia juga menjadi guru terbaik dalam hidup saya.
Dengan dia, saya belajar tentang kesabaran, kebaikan, kekuatan dan kasih sayang yang tiada batasnya.
Setiap hari ada pengajaran baru dan setiap hari dia menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik daripada semalam.
Dalam masa sama, aktres drama Cindai itu turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang bergelar ibu kepada anak istimewa.
Saya bersyukur kerana menjadi ibumu.
Beautifully Autistic.
Sekadar info, Catriona berkahwin dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen, Shaharuddin Mokhtaruddin pada 2009.
Selain Jammal Raees, pasangan itu memiliki sepasang lagi cahaya mata iaitu Sephia Rania, 14, dan Edruce Riyadh, 9
Sumber: Threads
The post ‘Tanpa Sedar Anak Istimewa Jadi Guru Terbaik Dalam Dalam Hidup Saya’ – Catriona Ross first appeared on OHBULAN!.





