
Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi anaknya, Talita akan mewarisi mikrofon kesayangan milik arwah isterinya, Siti Sarah dan akan digunakan ketika membuat persembahan di konsert Ajai & Mega Friends di Singapura esok.
Mikrofon kesayangan Siti Sarah

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Shahmira Muhammad, 41, berkata dia telah menghantar mikrofon itu ke kedai untuk tujuan servis.
Shuib berkata mikrofon itu membuatkannya mengenang kembali saat dia bersama Siti Sarah sewaktu masih hidup.
Pagi-pagi saya dah keluar rumah pergi hantar servis mikrofon ibu (Siti Sarah).
Bila tekan ‘on’, keluar dekat skrin nama Sarah. Terpegun sekejap.
Mikcrofon yang dulunya menjadi kesayangan ibu bakal diwarisi oleh anaknya sendiri dan akan digunakan di pentas yang sangat besar.
Terima kasih untuk ‘cerita’ ini. Terlalu indah untuk dilalui.
Sebelum ini, pemilik nama Dzahira Talita Zahra diberi tawaran untuk menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friend di Singapura pada esok.
Tawaran itu diberikan oleh Ajai sendiri dan momen tersebut dirakam oleh Shuib.





