
Personaliti media sosial, Aazief Khalid, turut memberikan pandangannya mengenai kontroversi jenama baju Melayu terkenal, Elrah Exclusive, yang didakwa meniru rekaan kain sampin bermotifkan keris.
‘Takkan orang lain tak boleh guna keris’

Menerusi satu perkongsian di aplikasi Thread, Aazief menyatakan bahawa keris adalah simbol nasional dan bukan hak eksklusif mana-mana individu.
Mungkin betul, Elrah telah menyalin reka bentuk bulat-bulat (ini agak ketara), tetapi anda tidak mempunyai domain atau pemilikan motif keris berdasarkan ‘keturunan’ anda’.
Tambah anak tiri kepada penyanyi tersohor Dato’ Seri Siti Nurhaliza itu, motif keris sepatutnya boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, sama seperti sebelum ini terdapat sampin yang menggunakan logo keris dan dijual secara komersial.
Saya fikir isu yang lebih besar sebenarnya adalah hakikat bahawa motif keris, yang merupakan simbol negara dan sejarah, boleh ditanda dagangkan (trademark) sebagai barang fesyen.
Takkan orang lain tak boleh guna keris dah lepas ni?
Pandangan Aazief ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang turut berkongsi pendapat mereka mengenai penggunaan simbol warisan dalam industri fesyen.
Penjelasan Aazief
View on Threads





