27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Asal Filipina, Tapi Yang Angkat Bakat Saya Sebagai Artis Adalah Malaysia’ – Mark Adam

    Shopee Sale

    Penyanyi asal Filipina, Mark Adam menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menyambut baik bakatnya sebagai anak seni sejak awal pembabitan dalam industri.

    Artikel Berkaitan: Bisnes Sate Bhalut Dapat ‘Review’ Buruk, Mark Adam Komen ‘Janganlah Menipu Bro, Kami Dah Dua Hari Tak Meniaga’

    Tuah di Malaysia

    Mark atau nama lengkap Fikri Mark Adam Abdullah, 46, berkata, dia tidak menyangka rezekinya dalam bidang nyanyian terbentang luas di Malaysia berbanding di negara kelahirannya.

    Saya asal dari Filipina, tetapi yang angkat bakat saya sebagai artis adalah Malaysia. Kerjaya sebagai penyanyi bermula di Malaysia.

    Malaysia membuka langkah saya menceburi dunia hiburan. Negara ini sangat mengalukan dan menyambut baik karya-karya saya.

    Mark berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 12 (GV12) yang berlangsung di Auditorium Bandaraya Shah Alam, baru-baru ini.

    MENARIK:  Siti Nordiana ‘Berpantang’ Minum Kopi Sebab Nak Jaga Pita Suara – ‘Nyanyian Adalah Mata Pencarian Saya, Jadi Saya Terpaksa Berkorban’

    Tambah Mark, dia pernah mencuba nasib untuk menempa nama di Filipina, namun tuah tidak menyebelahinya.

    Dahulu saya pernah menyanyi di Filipina, cuma tidak bernasib baik. Tetapi tidak sangkah tuah saya ada di Malaysia.

    Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kritikan diberikan barisan juri di GV12, Mark menganggap, segala teguran diberikan adalah untuk dia memperbaiki mutu nyanyian dan persembahannya.

    Saya terbuka hati untuk menerima sebarang kritikan, kerana saya percaya setiap kritikan itu akan membantu.

    Juri dalam GV juga bukanlah barisan juri yang biasa, mereka semua handal dan mempunyai ilmu yang tinggi.

    The post ‘Asal Filipina, Tapi Yang Angkat Bakat Saya Sebagai Artis Adalah Malaysia’ – Mark Adam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah