Aktor Adam Shahz beranggapan jumlah pengikut media sosial tidak sepatutnya dijadikan kayu ukur dan penentu untuk seorang pelakon diterima berlakon.
Artikel Berkaitan: Adam Shahz Rasa Kelakar Tak Dapat ‘Job’ Hanya Kerana ‘Followers’ Di IG 179k – ‘Kau Nak Cari Pelakon Ke Pengikut?’
Artikel Berkaitan: Nizam Kama Terkilan Tak Dapat ‘Job’ Hanya Kerana Dianggap Bukan Artis – ‘Dah 13 Tahun Saya Berlakon’
Tak wajar dijadikan kayu ukur

Menurut Adam atau nama lengkapnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, penilaian sebegitu seolah menghina kerjaya anak seni khususnya buat pelakon yang sudah lama bertapak dalam industri.
Pada saya perkara ini (followers) tak patut dijadikan sebagai nilai untuk mengukur diri pelakon itu.
Kalau orang yang awak nak tawarkan berlakon itu sekadar pempengaruh media sosial, memanglah patut awak nilai dari segi pengikut.
Dan memang tak sepatutnya anak seni ini dinilai sebegitu sebab ibarat macam kita menghina hasil kerja yang dah mereka lakukan bertahun-tahun.
Persoal pelakon dram ‘Juvana’, sekiranya nilai pengikut menjadi ukuran, mampukah pihak produksi membayar pelakon yang mempunyai ratusan ribu pengikut dengan bayaran setimpal?
Nak raih pengikut ini bukannya senang sebab kerja hakiki kita adalah berlakon. Media sosial itu digunakan hanya untuk kita berkongsi ‘update’ seharian.
Tapi itulah sekiranya kami (pelakon) ada pengikut banyak seperti yang mereka nak, mampu ke mereka bayar berdasarkan berapa ramai pengikut kita?
Bukan nak ‘menganjing’ tapi soalan saya ini secara umum.
Adam berkongsi perkara tersebut ketika dihubungi , baru-baru ini.
Adam tak pernah mengalah
Mengakui dirinya kurang mendapat tawaran berlakon, Adam walau bagaimanapun memaklumkan dia tidak pernah mengalah sebaliknya akan terus berusaha keras sebagai seorang anak seni.
Boleh dikatakan ketika ini saya akui memang kurang tawaran berlakon tetapi kebiasaannya begitulah. Pada hujung tahun kurang tawaran tapi nanti awal tahun adalah tawaran berlakon.
Tetapi saya tak adalah merajuk dan apa yang saya katakan saya tak boleh mengalah dan kena berusaha keras.
Dan sebenarnya saya pun ada saja berlakon beberapa drama yang ditayangkan melalui platfrom media sosial.
Bercerita lanjut, Adam memaklumkan dia baru sahaja selesai menjalani sesi ‘casting’ bagi sebuah drama vertikal yang akan ditayangkan di sebuah aplikasi, baru-baru ini.
Saya kena ikut peredaran zaman untuk kekal relevan dan sebab itu saya sertai ujibakat MuviiGrind untuk drama vertikal tempoh hari.
Banyak dah sesi ‘casting’ yang saya pergi dan sebenarnya ‘casting’ ini bukan untuk kita nak dapat ‘job’ semata tapi lebih kepada nak buat ‘connection’ dengan pihak produksi.
Dari situ kita boleh bertukar-tukar nombor telefon untuk apa-apa projek di masa akan datang.
Terdahulu, tular satu video memaparkan Adam menyertai sesi ‘casting’ untuk platform inovatif MuviiGrind yang sedang mencari bakat baru bagi drama vertikal terbaru.
Sebelumnya, Adam mencuri perhatian apabila meluahkan rasa terhibur apabila dia terlepas tawaran berlakon hanya kerana tidak mempunyai pengikut melebihi 500,000 orang di media sosial.
The post ‘Tak Sepatutnya Anak Seni Dinilai Berdasarkan Followers’ – Adam Shahz first appeared on OHBULAN!.



MuviiGrind Casting Day
Teedo Hotel, Pudu Central, Kuala Lumpur Hiburan tanpa sempadan! Drama vertikal terbaru terkini dari 6 negara termasuk Malaysia, Philippines, Indonesia, Thailand, Singapore & Brunei. Watch this space for more updates! #MuviiGrind #MuviiGrindCastingDay #NowEveryoneCanStream 

