Bermula tahun 2026, sistem pengurusan temu janji di Klinik Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah dipertingkatkan dengan kemudahan membuat tempahan slot rawatan secara terus melalui aplikasi MySejahtera.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bil Meningkat Tiba-Tiba? Ini Apa Air Selangor Buat Untuk Selesaikan Isu Ni!
Artikel Berkaitan: KKM Keluar Notis 14 Hari Kepada Produk Kosmetik Popular Untuk Memberi Penjelasan Berhubung Iklan Mengelirukan
Platform mudah akses

Penambahbaikan ini membolehkan proses tempahan slot temu janji dilaksanakan dengan lebih tersusun dan mesra pengguna, sekali gus menyokong usaha kerajaan memperkukuh pendigitalan perkhidmatan kesihatan negara.
Pelaksanaan sistem ini bertujuan melancarkan aliran perkhidmatan di klinik dengan mengurangkan kesesakan di kaunter pendaftaran, memendekkan tempoh menunggu serta membantu merancang jadual pemeriksaan kesihatan dengan lebih sistematik.
Walaupun perkhidmatan rawatan secara walk-in masih disediakan, orang ramai kini digalakkan untuk membuat tempahan awal melalui aplikasi MySejahtera bagi memastikan proses rawatan berjalan dengan lebih lancar.
Pilih jenis temu janji

1. Buka aplikasi MySejahtera pada telefon pintar anda dan pastikan ia telah dikemas kini ke versi terbaru. Pilih menu ‘Appointments’, yang memaparkan semua urusan berkaitan temu janji.
2. Pilih jenis perkhidmatan ‘Book an appointment for’, dan tempahan temu janji baharu boleh dibuat.
Servis lain bergantung klinik berkenaan

3. Seterusnya, tentukan jenis perkhidmatan. Bagi rawatan am, anda boleh memilih ‘Outpatient Treatment’, manakala perkhidmatan lain tertakluk kepada kemudahan yang disediakan oleh klinik berkenaan.
4. Klik butang ‘Search’ untuk memaparkan senarai Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan lokasi kediaman anda.
Pilih slot

5. Tentukan tarikh dan waktu yang dikehendaki berdasarkan senarai slot yang masih tersedia.
6. Kemudian klik ‘Confirm’, dan maklumat temu janji akan disimpan serta boleh disemak pada aplikasi.
Namun begitu, beberapa perkara penting perlu diberi perhatian. Anda disarankan untuk hadir lebih awal daripada masa yang ditetapkan dan pastikan rekod temu janji disimpan sebagai bukti semasa berada di klinik.
Sumber: Facebook Busman Tahir
The post Tak Perlu Tunggu Lama, Temu Janji Klinik Kesihatan Kini Lebih Mudah Guna MySejahtera first appeared on OHBULAN!.





