31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Amy Mastura Fokus Cari Bekalan Akhirat – ‘Tuhan Dah Bagi Semua, Inilah Masanya’

    Shopee Sale

    Setelah lebih 3 dekad menapak nama dalam industri seni, pelakon dan penyanyi Amy Mastura akui puas bergiat secara aktif dalam lakonan dan nyanyian.

    Artikel Berkaitan: Anggap Suami Sebagai Pinjaman, Amy Mastura Titip Pesan Buat Para Suami – ‘Jangan Poligami Secara Sorok-Sorok’

    MENARIK:  [VIDEO] Ajak Shiro Terharu Anak Kerja Keras Walau Tak Cukup Wang Beli Hadiah – ‘Rupanya Nak Kumpul Duit Untuk Babah’

    Artikel Berkaitan: Amy Mastura Raih Pujian Netizen, Balik Tunai Haji Baru Kongsi Di IG – ‘Semoga Allah Menerima Ibadah Ini’

    Cari bekalan akhirat

    " data-video-id="7547948535111568657" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @tanahberdaulat.tv

    Replying to @saffiena88 – Hajjah Amy Mastura, Penyanyi & Pelakon Ikuti luahan rasa bersama beliau dalam podcast Xklusif Bersama Syahril di saluran YouTube Tanah Berdaulat TV. Hanya yang terbaik untuk anda! #tanahberdaulattv #xklusifbersamasyahril #AmyMastura #mazuinhamzah #asiabagus

    ♬ original sound – Tanah Berdaulat TV – Tanah Berdaulat TV

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amy mendedahkan fokusnya kini mencari bekalan akhirat.

    Ujarnya, Allah memewahkan rezeki untuk dirinya sepanjang berkecimpung dalam dunia seni.

    Umur cakap suruh pencen. Lagipun saya tengok ramai artis yang baru-baru ini semua bagus.

    Kita diberi rezeki umur yang panjang sedikit ini, rasanya elok cari bekalan lah.

    Insya-Allah kita cuba.

    Kalau comeback seperti dahulu, mungkin tidak.

    Tuhan dah bagi rasa semua, mungkin ini lah masanya untuk kita pula mencari bekalan.

    Kita dah sedar diri, usia-usia begini.

    Bagaimanapun, pelakon filem Puteri Impian itu memaklumkan bahawa dia masih menerima tawaran berlakon namun mengikut kesesuaian watak.

    Peminat mendoakan

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji personaliti Amy yang sentiasa merendah diri dalam apa jua projek yang dilakukan. Selain itu, warganet turut mendoakan yang terbaik buat pelantun lagu ‘Sha Na Na’ tersebut.

    Sumber: TikTok @tanahberdaulattv

    The post [VIDEO] Amy Mastura Fokus Cari Bekalan Akhirat – ‘Tuhan Dah Bagi Semua, Inilah Masanya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah