Pelawak, Amir Raja Lawak menegur pempengaruh Islamik, Ustaz Tido berhubung satu tawaran terbuka dibuat pempengaruh itu mengenai projek jualan pes asam pedas di Facebook.
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Tolak Tawaran Umrah & Selektif Review Produk – ‘Fikiran Berkecamuk, Saya Perlukan Ketenangan’
Amir tegur Ustaz Tido
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen di Facebook, Amir atau nama lengkapnya Mohammad Amirullah Azmi memaklumkan dirinya kurang senang dengan pendekatan yang digunakan Ustaz Tido.
Assalamualaikum. Patut ustaz tunggu jawapan saya dulu kemudian baru muat naik.
Kalau tidak ini (ibarat) macam buat marketing dulu dalam keadaan saya yang macam ini.
Saya tahu ustaz ada inbox (mesej), tapi sepatutnya tunggu saya respon dahulu.
Ustaz Tido mohon maaf, mahu bantu Amir
Sedar akan kesalahan yang dilakukan, Ustaz Tido atau nama sebenarnya Khailil Razak tampil membuat permohonan maaf.
Ujarnya, dia hanya mahu membantu meringankan beban yang dialami Amir ketika ini.
Di sebabkan ketidakselesaan Amir dan kesilapan dari saya, saya tetap nak bantu amir.
Saya naikkan lagi bayaran daripada RM5000 kepada jumlah yang lebih besar dan komisen daripada RM2 menjadi RM2.50.
Harap Amir boleh maafkan saya dan setuju untuk saya bantu.
Saya ada ayah yang sedang sakit juga, saya faham keadaan Amir sekarang.
Amir kemudiannya memaafkan kekhilafan tersebut dan memaklumkan dirinya terbuka untuk menerima tawaran dibuat Ustaz Tido.
Dalam masa yang sama, bekas peserta program Raja Lawak itu sempat menitipkan pesan kepada Ustaz Tido untuk mendapatkan persetujuan dua belah pihak sebelum memuat naik apa-apa hantaran di media sosial.
Baiklah ustaz, saya maafkan. Saya okay saja, apa-apa hal bincang dulu. Biasa lah dalam keadaan macam ini, emosi saya pun terganggu juga.
Kita dalam hidup ini paling bagus adalah yang boleh beri manfaat untuk orang lain. Haa dah saya pula yang jadi ustaz ini.
Baik, Alhamdulillah saya setuju dengan tawaran sebab saya pun memang tengah nak pakai duit. Insya-Allah jumpa nanti ustaz. Kalau nak, hari Khamis nanti saya ‘free’.
Untuk orang yang masih tak faham, walaupun niat baik sekalipun, apa-apa hal bincang dulu baru muat naik ‘posting’ atau hebohkan, lagi-lagi bila melibatkan satu pihak lain.
Terdahulu, Amir menuntut sebuah stesen televisyen untuk melunaskan bayarannya sebanyak RM18,000 yang didakwa masih tertunggak.
Amir memaklumkan dia terpaksa membuat tuntutan itu berkali-kali kerana mahu membiayai kos perubatan ayahnya yang menghidap kanser usus.
Dakwa Amir, dia hanya menerima sebahagian bayaran iaitu RM5,000 daripada jumlah keseluruhan yang mencecah RM23,000.
Posting awal Ustaz Tido
Sumber: Facebook
The post Tak Mahu Dianggap Marketing, Amir Raja Lawak Tegur Niat Baik Ustaz Tido – ‘Bincang Dulu Sebelum Upload’ first appeared on OHBULAN!.





