30 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Masih Bayar Guna Tunai? Ini Sebab Ramai Dah Beralih Kepada Kad Debit Untuk Urusan Harian

    Shopee Sale

    Pernah tak korang dah sampai giliran di kaunter, tiba-tiba baru sedar duit tunai tak cukup? Atau sibuk menyelongkar dompet semata-mata nak cari duit syiling untuk cukupkan bayaran?

    Situasi macam ini mungkin nampak remeh, tetapi ia boleh melambatkan urusan. Sebab itu semakin ramai memilih menggunakan kad debit sebagai cara pembayaran harian yang lebih cepat, selamat dan mudah.

    Sama ada membeli kopi sebelum masuk kerja, mengisi minyak, membayar parkir atau membeli barang dapur, semuanya boleh diselesaikan dalam beberapa saat.

    Tak perlu lagi cari duit kecil

    Bayangkan waktu makan tengah hari di restoran yang penuh pelanggan. Semua orang sedang menunggu giliran untuk membuat pembayaran.

    Kalau menggunakan wang tunai, kita mungkin perlu mengira duit atau menunggu baki dipulangkan. Dengan kad debit pula, hanya sentuh kad pada terminal pembayaran dan urusan selesai dengan pantas.

    Mungkin nampak seperti beberapa saat sahaja, tetapi apabila dilakukan hampir setiap hari, ia benar-benar memudahkan rutin harian.

    Kredit: Worldpay

    Lebih mudah mengawal perbelanjaan

    Ramai sebenarnya sedang berusaha untuk lebih bijak mengurus kewangan.

    Salah satu kelebihan menggunakan kad debit ialah setiap pembayaran dibuat terus daripada wang yang tersedia dalam akaun.

    Pada masa yang sama, setiap transaksi direkodkan, sekali gus memudahkan kita menyemak semula ke mana wang dibelanjakan.

    MENARIK:  Kelincahan B.I Pukau 3 Ribu Penonton Di Mega Star Arena, Janji Akan Kembali Ke Kuala Lumpur!

    Daripada makan tengah hari sehinggalah membeli barang keperluan rumah, semuanya boleh dipantau dengan lebih mudah. Ini secara tidak langsung membantu merancang bajet bulanan dengan lebih teratur.

    Praktikal untuk pelbagai urusan harian

    Kad debit bukan sekadar digunakan ketika membeli-belah di pusat membeli-belah.

    Hari ini, ia menjadi pilihan ramai untuk pelbagai urusan harian seperti membeli makanan, mengisi minyak, membayar parkir dan mendapatkan barangan keperluan.

    Apabila semakin banyak premis menerima pembayaran kad, kita juga tidak perlu lagi membawa wang tunai yang banyak setiap kali keluar rumah.

    Pilihan yang sesuai dengan gaya hidup masa kini

    Dalam kehidupan yang serba pantas, ramai mahukan urusan yang lebih mudah tanpa perlu berfikir tentang baki wang atau mencari ATM sebelum keluar.

    Kad debit menawarkan pengalaman pembayaran yang cepat, selamat dan mudah, di samping membantu pengguna mengurus perbelanjaan harian dengan lebih baik.

    Kalau korang masih belum membiasakan diri menggunakan kad debit untuk urusan seharian, mungkin sekarang masa yang sesuai untuk mencubanya.

    Layari  mengetahui lebih lanjut mengenai manfaat menggunakan kad debit.

    The post Masih Bayar Guna Tunai? Ini Sebab Ramai Dah Beralih Kepada Kad Debit Untuk Urusan Harian first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah