32.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak Perlu Tunggu Kaya, Sumbangan Kecil Pun Boleh Bantu Mahasiswa Memerlukan

    Shopee Sale

    Kalau selama ini anda ingat wakaf hanya untuk mereka yang mempunyai lebihan wang yang banyak, sebenarnya tak semestinya begitu.

    Menerusi myWaqafPTPTN, masyarakat boleh menyumbang mengikut kemampuan masing-masing untuk membantu mahasiswa yang memerlukan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

    myWaqafPTPTN merupakan kerjasama strategik PTPTN bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

    myWaqafPTPTN adalah sebagai salah satu inisiatif untuk mempelbagaikan sumber dana PTPTN bagi tujuan pembiayaan pendidikan tinggi selain menerusi pemberian pinjaman pendidikan sedia ada. Selain itu, inisiatif ini juga adalah merupakan instrumen bagi membolehkan sumbangan diterima daripada orang ramai, syarikat korporat atau organisasi untuk sama-sama berkongsi tanggungjawab dalam memperkasakan akses kepada pendidikan tinggi negara, terutamanya kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

    Siapa yang boleh menerima manfaat?

    myWaqafPTPTN terbuka kepada mahasiswa daripada golongan B40, M40 dan asnaf yang memenuhi syarat serta melalui proses saringan yang ditetapkan.

    Malah, manfaat ini tidak terhad kepada mahasiswa beragama Islam sahaja.

    Jadi, setiap sumbangan yang diberikan berpotensi membantu lebih ramai anak muda mendapatkan peluang untuk meneruskan pendidikan tinggi.

    Bagi mahasiswa yang pernah menerima manfaat pula, mereka digalakkan menyumbang semula apabila sudah berkemampuan supaya kebaikan ini dapat diteruskan kepada mahasiswa lain.

    Tak perlu tunggu ada banyak duit

    Antara perkara yang mungkin melegakan, tiada had nilai ditetapkan untuk berwakaf di myWaqafPTPTN.

    MENARIK:  Pujian Netizen Atas Intan Najuwa Masak Ketika Bercuti Di New Zealand - 'Duit Dia Unlimited Pun Rajin' -VIDEO

    Maksudnya, anda boleh menyumbang mengikut kemampuan sendiri.

    Selain dapat berkongsi rezeki, setiap sumbangan kepada myWaqafPTPTN juga layak mendapat potongan cukai 10 peratus daripada pendapatan agregat di bawah subseksyen 44(11C), Akta Cukai Pendapatan 1967.

    Jadi, kalau ada sedikit lebihan dan mahu berkongsi rezeki sambil membantu pendidikan mahasiswa, ini mungkin masa yang sesuai untuk bermula.

    Macam mana nak menyumbang?

    Mudah sahaja. Ada beberapa cara yang boleh dipilih.

    Pertama, anda boleh berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia dengan memilih myWaqafPTPTN dalam senarai ‘Wakaf Khas / Projek’.

    Kedua, sumbangan boleh dibuat melalui pindahan wang ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank: 2-12457-6006259-1

    Atau, anda juga boleh membuat sumbangan dengan mengimbas QR DuitNow yang disediakan untuk myWaqafPTPTN seperti yang tertera di poster.

    Tak perlu tunggu ada banyak untuk mula berkongsi. Kalau ada rezeki lebih, jom wakaf hari ini dan sama-sama buka peluang pendidikan buat mahasiswa yang memerlukan.

    Tunaikan wakaf anda sekarang melalui myWaqafPTPTN. Sumbangan anda, peluang untuk mereka.

    PENDIDIKAN TINGGI UNTUK SEMUA

    The post Tak Perlu Tunggu Kaya, Sumbangan Kecil Pun Boleh Bantu Mahasiswa Memerlukan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah