Selebriti media sosial, Ira Kazar memaklumkan dirinya bukanlah seorang yang suka menyebarkan aib meskipun dirinya dianiayai orang lain.
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Bagi ‘Hint’ Sedang Mengenali Seseorang
Tak suka buka aib orang
View this post on Instagram
Menerusi potongan video dimuat naik @dyv.ibrhm di aplikasi Threads, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin berkata, tindakan membuka aib orang tidak akan membawa penyelesaian sebaliknya memberikan satu penyesalan yang besar dalam kehidupan.
Apa yang saya nak katakan ini hanya untuk orang yang berakal saja tau.
Okay dia macam ini, kalau saya cerita (buka aib), apa yang saya dapat? Saya tak dapat apa pun.
Mungkin saya akan rasa puas hati sikitlah tetapi selepas itu mesti saya akan rasa menyesal. Sebab kita buka aib orang.
Kalau korang memang suka buka aib orang, teruskanlah tetapi bukan saya. Saya tak nak buat itu.
Kita kena jaga aib orang. Untuk apa kita nak buka? Untuk bersihkan nama dan nampak diri kita betul?
Ira berkongsi perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di Instagram (IG), baru-baru ini.
Jaga aib orang lebih baik

Tambah bekas isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof itu lagi, menjaga aib orang lain adalah lebih baik berbanding mengejar simpati daripada orang ramai.
Tak perlu pun nak buka sebab tak dapat apa pun.
Buka aib semata nak dapatkan ‘validation’ daripada netizen di luar sana? Rasanya tak perlulah kot.
Kepuasan hati itu sekejap je tapi you akan tanggung dosa itu sampai bila-bila.
Kalau kita dianiaya, biar sajalah satu hari nanti kebenaran itu akan terbongkar dan semoga Allah tunjuk segalanya.
Untuk rekod, Ira pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Mereka kemudian sah bercerai talak satu pada 5 September 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Sumber: Threads
The post ‘Tak Dapat Apa Pun Kalau Buka Aib Orang’ – Ira Kazar first appeared on OHBULAN!.





