Penyanyi dan cef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob menitipkan pesanan buat golongan suami dalam berumah tangga.
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Pesan Elak Buka Aib Bekas Pasangan Di Media Sosial – ‘Masa Buat Memang Geram & Puas Hati…’
Artikel Berkaitan: ‘Ketiak Bersih Tu Penting’ – Fazley Yaakob Dedah Ciri Wanita Idaman, Suka Yang ‘Chubby’ & Kulit Cerah
Isteri malas masuk dapur

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Ahmad Fazley Yaakob, 47, berpendapat wanita yang tidak turun ke dapur bukan seorang pemalas.
Menurut Fazley, golongan seperti ini lebih suka dilayani seperti seorang puteri.
Perempuan yang tak suka ke dapur bukan sebab dia pemalas.
Dia cuma lebih suka di layan seperti puteri.
Dalam pada itu, Fazley sempat menasihati para suami yang mengahwini wanita sebegini untuk memastikan pasangan rajin menjaga penampilan diri.
Jadi, lelaki yang jatuh cinta dengan perempuan seperti ini, kena pastikan dia hanya malas ke dapur.
Tapi rajin jaga penampilan diri. Tak boleh malas ke dapur tapi rupa tetap macam kertas bungkus nasi lemak dan bau macam pekasam goreng kunyit.
Sumber: Threads @fazleyyaakob
The post ‘Tak Boleh Malas Ke Dapur Tapi Bau Macam Pekasam Goreng Kunyit’ – Fazley Yaakob first appeared on OHBULAN!.





