27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Syukur Suami Izinkan Saya Duduk Di Rumah, Dia Mampu Sediakan Keperluan Kami’ – Anzalna Nasir

    Shopee Sale

    Pelakon, Anzalna Nasir menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya, Hanif Zaki atas segala pengorbanan serta keprihatinan dalam memastikan keperluan keluarga sentiasa terjaga.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Suami Anzalna Nasir Tundukkan Pandangan Dari Lihat Model – ‘Dia Menghormati Isteri’

    Suami provider

    Menerusi hantaran di Threads, Anzalna, 36, berkata, dia bersyukur kerana suami mengizinkannya untuk tidak bekerja dan hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak mereka.

    Sebagai seorang isteri, saya sentiasa mendoakan agar Allah memudahkan urusan kerja suami dan melapangkan rezekinya.

    Saya bersyukur kerana suami mengizinkan saya berada di rumah kerana dia mampu menyediakan keperluan kami.

    Tambah pelakon drama Memori Cinta Suraya itu, peranan suri rumah sering disalah anggap, namun bagi dirinya tanggungjawab tersebut adalah tugas yang mulia dan penuh makna.

    Menjadi suri rumah tidak bermaksud kita tidak berkebolehan, tetapi ia bererti kita memilih untuk memberi tumpuan kepada membesarkan anak-anak dan menjaga keluarga.

    Setiap wanita mempunyai pilihan masing-masing, jika ada suami yang menyokong dan mampu menyediakan segala-galanya, Alhamdulillah itu satu nikmat.

    Pada masa sama, Anzalna berkata dia bersyukur kerana dapat membesarkan anak-anak dalam suasana penuh kasih sayang dan ketenangan.

    Sekurang-kurangnya, kita dapat membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang, perhatian dan ketenangan.

    Untuk rekod, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

    MENARIK:  [VIDEO] Caprice Dakwa Kejadian Pempengaruh Hilang Dalam Hutan Di Indonesia Palsu – ‘Talent Agency Sahkan Its Fake’

    Sumber: Threads.

    The post ‘Syukur Suami Izinkan Saya Duduk Di Rumah, Dia Mampu Sediakan Keperluan Kami’ – Anzalna Nasir first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah