26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syed Saddiq & Bella Astillah Bakal Digandingkan Dalam Telefilem Komedi

    Shopee Sale

    Presiden UTV sekaligus Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Hasan, mendedahkan bahawa UTV, platform penstriman popular, bakal menampilkan Syed Saddiq dan Bella Astillah dalam projek terbarunya.

    Artikel Berkaitan: Abang Syed Saddiq Bersuara Isu Muka Bella Astillah Ditutup Dalam Potret – ‘Pemasaran Yang Bagus, Sudah Dirancang’

    Artikel Berkaitan: Abang Syed Saddiq Balas Komen Netizen Persoal Isu ‘Tidak Sekufu’ – ‘Perbezaan IQ Tidak Menentukan Keserasian’

    Populariti tinggi

    Ketika ditemui oleh OhBulan, Datuk Adzliana Hasan, menjelaskan bahawa pemilihan pasangan ini dibuat berikutan pengaruh dan populariti tinggi yang dimiliki kedua-duanya.

    Seperti karya lakonan Fattah Amin dan Amira Othman yang ditayangkan di UTV sebelum ini adalah antara naskhah yang mendapat jumlah tontonan tertinggi.

    Jadinya, saya percaya kejayaan itu merupakan hasil populariti yang dimiliki daripada kedua-dua figura iniu

    Kebanyakannya yang melanggan UTV ini adalah dari kalangan peminat artis yang terlibat dalam projek bersama kami.

    Dalam masa sama, Adzliana menyatakan bahawa pasangan berkenaan bakal membintangi sebuah telefilem dengan genre komedi.

    Kami memang dah lama mengintai pasangan ini.

    Kita juga akan mulakan shooting dalam masa terdekat sebab sebelum ini beri laluan terlebih dahulu pada majlis pertunangan mereka.

    Bella juga akan menjadi salah seorang wajah untuk koleksi Amber dan berharap juga Syed Saddiq akan turut serta bersama.

    Datuk Adzliana berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita yang diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Khamis.

    MENARIK:  Mimi Lana Buka Mulut Isu Hubungan Dengan Syafiq Kyle, Tak Mahu Canang Kisah Lama – ‘Maaf Jika Ganggu Urusan Harian Kamu Semua’

    Bella Astillah teruja

    Sementara itu, Bella akui berasa teruja dapat bekerjasama dengan syarikat produksi tersebut, meskipun tarikh rasmi penggambaran masih belum ditetapkan.

    Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Usanita, jadi untuk projek UTV ini saya memang teruja dan menantikan peluang ini.

    Cuma, kita belum tentukan tarikh dan jalan cerita secara terperinci. Jadi saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut.

    Insya-Allah projek ini akan direalisasikan kerana kami sudah mencapai persetujuan dan perancangan ini sudah lama dibincangkan.

    Saya juga masih menunggu tarikh kerana jadual agak padat. Saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi sekiranya tarikh yang ditetapkan tidak bersesuaian.

    Di samping itu, Syed Saddiq menyatakan kesediaannya memberikan sokongan penuh kepada Bella, walaupun fokus utamanya tetap kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

    Saya masih fokus di Parlimen. Dalam peranan ini, saya akan menjadi pasangan yang menyokong.

    Mungkin saya akan diheret untuk turut serta dan mencuba. Jadi saya akan lakukan yang terbaik untuk Bella.

    The post Syed Saddiq & Bella Astillah Bakal Digandingkan Dalam Telefilem Komedi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah