31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syed Saddiq Bebas Hukuman Tujuh Tahun Penjara & Dua Sebatan

    Shopee Sale

    Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada kesemua pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu.

    Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Kongsi Rezeki Dengan Pengamal Media, Edar Lempeng & Nasi Lemak

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Harapkan Keadilan & Kebenaran, Doakan’ – Syed Saddiq

    Bebas 7 tahun penjara

    Keputusan itu sekali gus menyaksikan bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan sebelum ini oleh Mahkamah Tinggi.

    Panel tiga hakim membuat keputusan majoriti 2-1 apabila Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak rayuan pihak pendakwaan, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Syed Saddiq.

    MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Don Tampil Jelaskan Wang Hantaran Tinggi, Bukan Tujuan Menjual Anak – ‘Itulah Momen Terakhir Anak Bawah Tanggungan Mereka’

    Bagaimanapun, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel memberikan penghakiman berbeza.

    Dalam alasan penghakiman, majoriti hakim berpendapat tiada sebarang kekhilafan dari sudut undang-undang atau prosedur dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang membolehkan rayuan pendakwaan diterima.

    Kes berkenaan membabitkan dua pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan harta serta dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana ARMADA Bersatu.

    The post Syed Saddiq Bebas Hukuman Tujuh Tahun Penjara & Dua Sebatan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah