30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ustaz Don Tampil Jelaskan Wang Hantaran Tinggi, Bukan Tujuan Menjual Anak – ‘Itulah Momen Terakhir Anak Bawah Tanggungan Mereka’

    Shopee Sale



    Pendakwah bebas, Ustaz Don tampil bersuara apabila terdapat pelbagai tanggapan mengenai ibu bapa yang meletakkan hantaran tinggi pada bakal suami anak perempuannya.

    Bukan menjual anak

    " data-video-id="7503878387807554824">
    @lucynani00 Ayah mana tak sedih kan? Bila melepaskan tanggungjawab nya kepada orang lain? ? #fyp #kahwin #trending #podcast #rosyamnor #ustazdondaniyal #youtuber #hantarankahwin #maskahwin #majliskahwin #nikah #sanding ? ??? – ?????

    Menerusi satu sesi temu bual, pemilik nama sebenar Don Daniyal Don Biyajid memaklumkan bahawa tiada istilah ibu bapa yang menjual anak dengan duit hantaran.

    Ujarnya, melepaskan anak perempuan di bawah tanggungan seorang lelaki adalah berat bagi seorang ayah.

    Ibu bapa meletakkan nilai mengikut pendidikan, jangan lah salah faham. Mereka bukan menjual anak.

    Itulah momen terakhir anak di bawah tanggungan mereka.

    Segala makan minum anaknya itu akan dipertanggungjawabkan oleh suami. Maka, ayahnya ingin menunjukkan bahawa inilah nilai anaknya yang si suami perlu bertanggungjawab.

    Sekali kita lepaskan anak berkahwin, habislah.

    Selagi si suami tidak melafazkan cerai, anak perempuan itu tidak akan keluar dari rumah.

    Daripada situ, si ayah merasakan perkahwinan adalah sesuatu yang besar buatnya.

    Ikut kemampuan

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wanita bersetuju dengan kenyataan yang dijelaskan oleh Ustaz Don. Selain itu, warganet turut memberi pendapat masing-masing mengenai wang hantaran yang perlu mengikut kemampuan pihak lelaki.

    MENARIK:  ‘Orang Hanya Nampak Sisi Glamor’ – Fiziwoo Akui Dunia Fesyen Tempatan Tidak Seindah Disangka


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah