27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syazwan Zulkifly Ulas Isu ‘Anxiety’, Anggap Generasi Muda Manja & Lembik

    Shopee Sale



    Pelakon, Syazwan Zulkifly menyorot perhatian apabila memberikan pendapatnya tentang masalah ‘anxiety’ yang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini.

    Generasi muda lembik?

    " data-video-id="7506835705688100114">
    @ceritamalamjumaat Budak Zaman Sekarang Lebih Lembik Dari Budak Zaman Dulu @Syazwanzulkifly Saksikan podcast penuh di Youtube Channel Cerita Malam Jumaat Episod 24 Episod 3 #ceritamalamjumaat #bukanceritabiasa #setiaporangadakisahnya #xoxo #podcast #malamjumaat #apacerita #ceritaapa #rajalawak #maharajalawakmega #bloodbrothers #jaki #zaki #kepeng #syazwanzulkifly ? original sound – Cerita Malam Jumaat

    Menerusi sesi podcast @ceritamalamjumaat, Syazwan atau nama lengkapnya Mohd Syazwan Zulkifly berpendapat masalah ‘anxiety’ timbul kerana  generasi muda masa kini sangat manja dan lemah.

    Sejujurnya, saya percaya budak-budak zaman sekarang memang lebih lembik berbanding zaman kita.

    Manja, sikit-sikit cakap ada anxiety. Anxiety ni bukan satu, ada banyak jenis.

    Kadang-kadang orang yang sebenarnya tak ada pun mula rasa macam ada anxiety juga sampai kita dah tak percaya mereka yang betul-betul ada anxiety.

    Dalam pada itu, pelakon filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ itu turut membandingkan generasi masa kini dengan generasinya dahulu yang lebih cekal berdepan dengan ujian kehidupan.

    Mungkin mereka yang ada anxiety akan marah, tapi zaman dulu, generasi kita sebelum ni yang kalau balik sekolah lambat kena ikat dekat pokok, ada kerengga, ada ke mereka kena bipolar atau anxiety?

    Saya rasa pengalaman macam tu yang buat mereka jadi kuat sampai sekarang.

    Video itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan pendapat Syazwan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Berdiri Atas Kaki Sendiri, Selepas 5 Tahun Berniaga..Baru Orang Tahu Saya Anak Bonda Rozita’ – Aliff Syukri

    Namun, ada juga yang bersetuju dan sependapat dengan kenyataan Syazwan.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah