Penyanyi, Syasya Rizal meluahkan rasa kecewa apabila perkongsiannya yang termakan daging babi disalahertikan oleh sesetengah netizen.
Artikel Berkaitan: Dalam Mulut Syasya Rizal Bukan Daging Khinzir
Ada yang suruh ‘cabut’ tudung

Ujar pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal itu, dia menjadi lebih terkilan apabila ada pula pihak yang mengaitkan insiden tersebut dengan imejnya yang bertudung.
Kenapa bila seseorang buat salah, tudung juga yang menjadi sasaran?, ‘Cabut je la tudung itu’, ‘Tak payah nak hijrah sangat’, ‘Konon nak istiqamah bertudung tapi bangga makan’.
Tambah bekas anggota kumpulan Dolla ini lagi, kata-kata seperti itulah yang akan mematahkan semangat mana-mana wanita yang baru memulakan niat untuk bertudung.
Kata-kata macam ini lah yang buat ramai orang takut nak mula pakai tudung.
Takut kena ‘judge’, kena sindir. Takut setiap kesilapan akan dikaitkan dengan aurat.
Padahal orang pakai tudung bukan sebab dia dah sempurna. Tapi masih sedang mencuba.
Kita semua pendosa, semua tengah belajar. Dan semua orang ada struggle masing-masing.
Syasya berkongsi perkara tersebut menerusi satu ciapan yang dibuat di aplikasi Threads.
Masih belajar

Mengakui dirinya tidak sempurna, ibu kepada seorang anak ini walau bagaimanapun menganggap adalah tidak wajar untuk segelintir pihak mempertikai perjalanan hijrahnya.
Saya mengaku salah saya dan niat saya tidak menghalalkan cara. Saya ambil iktibar dan belajar dari kekhilafan itu.
Tapi tolong, jangan pertikaikan perjalanan saya untuk menjadi lebih baik.
Perjalanan saya untuk bertudung tak ada kena mengena dengan kesilapan yang saya lakukan.
Di akhir hantaran, Syasya memaklumkan perjalanan hijrahnya masih lagi panjang dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buatnya.
Saya pakai tudung bukan untuk nampak sempurna. Tapi kerana saya sedang berusaha.
Perjalanan ini masih panjang, dan saya juga masih belajar sama macam awak semua.
Doakan, bukan hina. Tegur, bukan caci.
Sebelum ini, Syasya berkongsi video dia termakan daging khinzir ketika sedang bercuti di luar negara namun perkongsiannya itu mendapat pelbagai respons netizen.
Sumber: Threads Syasya Rizal
The post Syasya Rizal Kecewa Netizen Suruh ‘Cabut’ Tudung Sebab Termakan Daging Khinzir – ‘Kita Semua Pendosa’ first appeared on OHBULAN!.





