29.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Healthy Lifestyle Tak Perlu Ekstrem’ – Goh Sze Fei & Nur Izzuddin Kongsi Tip Yang Ramai Boleh Relate

    Shopee Sale

    Kredit: Badmintonplanet

    Bila sebut nama Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, pasti ramai terus teringat aksi beregu lelaki profesional tanahair yang mendebarkan di gelanggang serta pencapaian mereka yang membanggakan negara. 

    Tapi di sebalik semua pencapaian itu, rutin harian mereka sebagai atlet sebenarnya jauh lebih simple dan relatable daripada yang ramai sangka.

    Sebagai Duta Kesihatan dan Kesejahteraan AIA Malaysia, pasangan badminton negara ini percaya gaya hidup sihat bukan tentang perubahan drastik atau effort besar sekali-sekala.

    Sebaliknya, semuanya bermula dengan tabiat atau amalan kecil yang dilakukan secara konsisten.

    Atlet pun perlukan ‘balance’ dalam hidup

    Walaupun jadual mereka padat dengan latihan dan kejohanan, kedua-duanya percaya keseimbangan hidup sangat penting untuk kekal sihat secara fizikal dan mental.

    Bagi mereka, hidup sihat bukan sekadar perform di gelanggang, tapi juga memastikan badan cukup rehat, makan dengan baik, menjaga emosi dan memberi ruang untuk recovery.

    “Luar gelanggang, semuanya tentang balance. Orang ingat atlet cuma fokus performance, tapi recovery pun sama penting,” kongsi Sze Fei.

    Tambahnya lagi, rutin harian yang teratur banyak membantu mereka untuk kekal fokus dan mengawal tekanan terutama ketika musim kejohanan.

    “Bila ada routine untuk training, makan, rehat dan recovery, mental pun jadi lebih tenang dan mudah fokus,” katanya.

    Sticking to the game plan dan just have fun juga bantu kawal tekanan.”

    Bagi Izzuddin pula exercise bukan sekadar untuk kecergasan badan semata-mata.

    Training clears your mind. Mental recovery sama penting macam physical recovery,” ujarnya yang dikatakan lebih tenang berbanding Sze Fei apabila menghadapi tekanan.

    Izzuddin mengakui kopi masih menjadi ‘pick-me-up’ kegemarannya selepas training, manakala Sze Fei pula biasanya akan makan pisang selepas sesi latihan.

    Discipline beats motivation

    Satu perkara yang mereka sangat tekankan ialah disiplin lebih penting daripada motivasi.

    Menurut mereka, motivasi memang ada naik turunnya, tapi rutin yang konsisten akan buat seseorang terus bergerak ke hadapan walaupun pada hari yang kita rasa tak semangat.

    Motivation comes and goes. Tapi routine yang akan keep you moving forward,” kata Izzuddin.

    Disebabkan itu juga, mereka percaya gaya hidup sihat tak perlu bermula dengan diet ekstrem atau workout keterlaluan.

    Sebaliknya, mulakan dengan langkah kecil yang realistik dan mudah dikekalkan seperti tidur lebih awal, bergerak lebih aktif dan lebih peka terhadap kesihatan mental serta fizikal diri sendiri.

    “Korang tak perlu ubah semuanya sekaligus. Start dengan satu tabiat kecil yang korang boleh maintain setiap hari,” tambah Sze Fei.

    Menurut mereka, bila dilakukan secara konsisten, tabiat kecil itu lama-kelamaan akan jadi sebahagian daripada lifestyle dan bukannya sesuatu yang terpaksa dibuat.

    Cara mereka ‘bounce back’ selepas bad day

    Walaupun bergelar atlet profesional, mereka juga tak lari daripada rasa kecewa, stres atau overthinking bila prestasi tak menjadi seperti dirancang.

    Bagi mereka, proper rest sama penting seperti intensity ketika training, lebih-lebih lagi ketika jadual kejohanan yang padat.

    Namun apa yang membantu mereka untuk bangkit semula ialah mindset untuk tidak terlalu lama terperangkap dalam kegagalan.

    “Selalu akan ada peluang baru untuk improve. Yang penting ialah learn, reset and move on,” kata Izzuddin.

    Malah, dia turut berseloroh dirinya hanya memberi ruang untuk ‘drama phase’ selama lima minit sebelum kembali fokus.

    Kadang-kadang juga, benda paling simple boleh jadi terapi terbaik selepas hari yang memenatkan.

    Bagi Izzuddin, menikmati nasi lemak dengan sambal extra boleh buat dirinya rasa lebih lega selepas hari yang panjang.

    MENARIK:  [VIDEO] Isteri Azlan Komeng Kongsi Imbasan Ultrasound, Netizen Teka Nur Nilam Sedang Hamil?

    It doesn’t solve everything, but a hearty meal makes problems feel smaller,” selorohnya.

    Manakala bagi Sze Fei pula, masa bersama keluarga banyak membantu dirinya untuk reset mental selepas jadual latihan dan kejohanan yang padat.

    “Sebagai atlet, hidup memang sangat fast-paced. Bila dapat luang masa dengan family walaupun sekejap, saya rasa lebih relax dan tenang,” katanya.

    Mindset itu juga banyak membantu mereka berdepan detik sukar sepanjang karier profesional.

    Bagi Izzuddin, antara perlawanan paling diingatinya ialah German Open 2022 apabila dia berjaya bermain walaupun sedang berdepan kecederaan.

    Sementara Sze Fei pula masih mengingati Finland Open 2024 apabila dirinya mengalami kekejangan hampir sejam selepas tamat perlawanan akhir.

    10 tahun AIA Vitality bantu rakyat Malaysia jalani gaya hidup lebih sihat

    Sempena ulang tahun ke-10 AIA Vitality, program kesihatan dan kesejahteraan berasaskan sains oleh salah satu penyedia insurans terkemuka di negara ini terus menggalakkan rakyat Malaysia menjalani gaya hidup lebih sihat melalui tiga fokus utama iaitu ‘Know Your Health’, ‘Improve Your Health’ dan ‘Enjoy the Rewards’.

    Menariknya, konsep ini juga sangat dekat dengan rutin hidup seorang atlet profesional.

    Bagi mereka, seseorang perlu memahami keadaan badan sendiri terlebih dahulu sebelum boleh improve performance dan kesihatan secara konsisten.

    “Bila dah tahu tahap kesihatan sendiri, barulah kita boleh improve step by step melalui rutin harian macam training, nutrition, rehat dan recovery,” jelas Izzuddin.

    Improvement isn’t one big leap, it’s lots of small decisions done consistently,” tambahnya.

    Sze Fei pula percaya reward juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang kekal konsisten dalam perjalanan gaya hidup sihat mereka.

    Reward sebenar bukan sekadar medal. Kadang-kadang bangun pagi dengan badan lebih bertenaga dan rasa lebih sihat setiap hari pun dah cukup bermakna,” ujarnya.

    Melalui AIA Vitality, healthy lifestyle juga jadi lebih menyeronokkan sebab setiap usaha kecil yang dilakukan turut diberikan ganjaran dan motivasi tambahan untuk kekal konsisten.

    Menariknya, setiap usaha kecil seperti lebih aktif bergerak, menjaga pemakanan atau melakukan pemeriksaan kesihatan juga boleh memberikan ganjaran kepada ahli AIA Vitality.

    “Dengan AIA Vitality, healthy choices tak rasa macam satu pengorbanan. Ada encouragement dan recognition untuk effort yang kita buat,” kata Sze Fei.

    Tak perlu tunggu ‘perfect’ untuk mula

    healthy lifestyle

    Apa yang paling penting, mereka berharap rakyat Malaysia faham bahawa kesihatan bukan hanya untuk atlet atau individu yang sudah fit.

    Semua orang boleh bermula dari mana-mana tahap sekalipun.

    Tak perlu terus ubah semuanya dalam satu masa. Kadang-kadang satu langkah kecil seperti berjalan lebih banyak, minum air secukupnya, tidur lebih awal atau menjaga kesihatan mental pun dah cukup untuk jadi permulaan kepada hidup yang lebih sihat dan lebih baik.

    Health tak bermula dengan perubahan besar. Kadang-kadang ia bermula dengan satu keputusan kecil yang lebih baik setiap hari,” kata Izzuddin.

    Dan mungkin itu sebenarnya rahsia gaya hidup sihat yang lebih realistik, bukan untuk jadi perfect, tapi untuk jadi lebih baik secara konsisten.

    “Itulah sebabnya program seperti AIA Vitality sangat membantu — ia mengekalkan motivasi, memberi ganjaran atas kemajuan diri dan mengingatkan bahawa setiap langkah kecil itu bermakna,” tambah Sze Fei. 

    Untuk info lanjut mengenai AIA Vitality dan sambutan ulang tahun ke-10 program ini, korang boleh layari laman rasmi AIA Malaysia.

    The post ‘Healthy Lifestyle Tak Perlu Ekstrem’ – Goh Sze Fei & Nur Izzuddin Kongsi Tip Yang Ramai Boleh Relate first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah