Pelawak Syaiful Zero tampil menjelaskan dakwaan mengutip sumbangan yang dikutip digunakan bagi kepentingan peribadi.
Artikel Berkaitan: Sharif & Syaiful Zero Dinobat Juara Famili Duo Musim Ketiga, Bawa Pulang RM100,000
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lepas Ni Kau Tunggu Surat Saman!’ – Ajai
Infaq

Pemilik nama Mohd Saiful Doli Sharif itu menjelaskan sumbangan yang diterima akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan sedekah yang dilakukan secara konsisten pada setiap hari bekerja.
Jelas Syaiful, orang ramai boleh melihat sendiri perkongsian video itu di akaun TikTok miliknya.
Senang-senang tengok video di tiktok saya. Setiap Isnin sehingga Khamis buat infaq kuih, nasi lemak 50 bungkus.
Infaq Jumaat nasi lemak akan dia agihkan ke masjid dan surau. Selebihnya duit itu diagihkan ke anak-anak yatim piatu.
Dalam pada itu, Syaiful turut memaklumkan dia banyak berkongsi video di media sosial bagi memastikan aktiviti infaq itu disampaikan secara telus.
Banyak lagi video-video setiap Jumaat infaq nasi lemak di TikTok.
Kalau free nanti minta tengok.
Sebelum ini, seorang individu mempertikaikan tindakan Syaiful yang melakukan siaran langsung (live) di TikTok sambil mengutip sumbangan paparan kod QR bank.
Individu tersebut turut menyuarakan rasa kurang yakin terhadap Syaiful berikutan kutipan sumbangan yang dilakukan menggunakan akaun bank miliknya.
Sumber: Threads
The post Syaiful Zero Perjelas Dakwaan Kutipan Derma Untuk Tujuan Peribadi – ‘Tengok Video TikTok Saya’ first appeared on OHBULAN!.





