Usahawan dan pempengaruh, Syafiqah Aina tampil menjelaskan salah faham yang timbul dalam kalangan netizen susulan kenyataannya sebelum ini yang didakwa menyifatkan daerah Segamat, Johor sebagai lokasi membosankan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad Hargai Usaha Syafiqah Aina Uruskan Kedua Anak – ‘Benda Yang Awak Buat Itu Tak Mudah’
‘Tak mengata Segamat’

Menurut Aina, kenyataan tersebut sebenarnya merujuk kepada pengalamannya berada di Sapporo, Jepun dan bukan bertujuan mengkritik atau merendahkan Segamat seperti yang disalah tafsir sesetengah pihak.
Saya tulis, Sapporo yang boring. Vibe dia serius macam masuk bandar Segamat. Bangunan lama, rasa tenang.
Bukan macam bandar Kuala Lumpur. Jangan risau, tak mengata (mengutuk) Segamat. Saya juga kampung dekat Buloh Kasap, Segamat.
Ayah saya asli orang Jawa asal Segamat. Atuk, nenek dan saudara-mara semua dari sana. Bila musim durian memang kutip durian dekat kampung. Tapi memang rasa masuk Sapporo itu auto teringat bandar Segamat.
Terdahulu, Aina berkongsi ulasan jujurnya ketika bercuti di Sapporo, Hokkaido dengan menyatakan bandar tersebut lebih bersifat metropolitan dan kurang menawarkan pengalaman menarik.
Sapporo itu bandar utama di Hokkaido. Kalau ke Hokkaido, jangan fokus sangat pergi Sapporo sebab Sapporo lebih kepada bandar, mall, bangunan tinggi-tinggi dan salji pun sangat terhad.
Kebanyakan orang ke Hokkaido sebab nak buat aktiviti salji. Kalau tanya saya, lebih menarik pergi kawasan luar dari Sapporo. Sapporo macam bosan sikit, macam masuk Segamat.
Bagaimanapun, kenyataan itu mencetuskan reaksi pelbagai netizen, termasuk ada yang mempertahankan Segamat dan menyifatkan daerah berkenaan kini semakin membangun serta tidak wajar dilabel membosankan.
Segamat pun sekarang dah maju. Kalau bosan, takkan ramai orang datang Segamat cari durian dan macam-macam lagi.
Sumber: Threads
The post Syafiqah Aina Perjelas Isu ‘Segamat Membosankan’ – ‘Saya Tulis Sapporo Yang Boring’ first appeared on OHBULAN!.





