31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syafiq Kyle Teruja Tahun Pertama Raya Sebagai Suami, Tak Sabar Pakai Baju ‘Matching’ Dengan Mimi Lana

    Shopee Sale



    Syafiq Kyle

    Pelakon, Syafiq Kyle meluahkan rasa teruja apabila bakal menyambut Hari Raya sebagai suami buat pertama kali bersama isteri tercinta, aktres Mimi Lana.

    Raya dengan isteri

    Syafiq Kyle

    Syafiq atau nama lengkap Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 32, berkata, tiada perancangan khusus sepanjang Syawal, namun masa yang ada akan diluangkan dengan keluarga di kampung.

    Tahun ini raya berdua sebab dah jadi suami, raya pertama kami akan di KL dan kemudian baru balik ke Taiping, Perak iaitu kampung Mimi.

    Persiapan tiada yang berat sangat pun, hanya fikir nak ‘matching’ warna baju sahaja, biar sedondon.

    Kami pun baru pindah masuk rumah baru, jadinya banyak uruskan rumah.  Selebihnya tiada perancangan khusus pun sepanjang Syawal ini.

    Dalam pada itu, Syafiq memberitahu dia dan Mimi akan segera kembali ke lokasi penggambaran usai Lebaran menutup tirai.

    Raya ini kami akan berdua akan betul-betul rehat dan gunakan masa yang ada untuk luangkan waktu bersama.

    Sebab habis sahaja raya, kami berdua akan mula sibuk dengan penggambaran.

    Dalam perkembangan terkini, Syafiq bakal muncul dengan filem arahan Syafiq Yusof berjudul Blood Brothers yang akan ditayangkan pada 10 April.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Tolong Azar Azmi Bukan Atas Dasar Nak Menunjuk’ – Ozlynn

    Selain Syafiq, filem tersebut turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah