Pelakon, Ozlynn Waty tampil menjelaskan bahawa niatnya menghulurkan bantuan kepada rakan seperjuangan, Azar Azmi bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kekayaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi Dedah Kebaikan Ozlynn, Pernah Hulur Bantuan Saat Susah – ‘Aku Dapat Beli Susu Anak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi ‘Throwback’ Momen Sebak Tak Mampu Belikan Anak Gula-Gula RM2 – ‘Aku Pujuk Dia’
Faham keadaan Azar

Ketika ditemui, Ozlynn, 45, berkata dia memilih untuk membantu kerana pernah melalui fasa kesusahan dalam hidup sebelum ini.
Saya tolong bukan atas dasar nak tunjuk kita kaya atau apa. Sebagai seorang hamba Allah yang pernah rasa kesusahan, menjadi satu tanggungjawab kita untuk membantu.
Bukan sebab dia Azar Azmi. Sesiapa saja kalau ada rezeki lebih pasti akan kongsi.
Saya dapat beribu DM dari zaman Covid-19 sampailah sekarang. Demi Allah kalau ada rezeki memang saya akan kongsikan.
Ozlynn berkata demikian ketika ditemui media pada majlis eksklusif bagi memperkenalkan karya terbaharu arahan Syed Fariz yang berjudul 5 Bomoh di Hemisfera Luxury Sky Hall, Kuala Lumpur Tower, petang tadi.
Mengulas lanjut, isteri kepada pelawak Johan ini mengakui dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu demi menjaga maruah dan aib sahabatnya itu.
Saya sebenarnya kalau boleh tak nak cakap fasal perkara ini.
Saya nak dia tenang-tenang dan gembira dengan hidup dia sekarang.
Itu adalah ujian untuk dia. Saya mengharapkan terbaik untuk dia sebab ujian manusia tu lain-lain.
Saya perlu menjaga harga diri seorang sahabat, aib, maruah dan banyak sisi sebab saya pun tak suka orang bercerita pasal saya dan saya juga tak bercerita mengenai orang.
Tapi bila dia bercerita, itu adalah ceritanya. Saya tak mahu cerita saya memberikan kesan.
Menceritakan detik awal bagaimana mereka kembali berhubung, Ozlynn mendedahkan Azar ada menghubunginya ketika pelakon itu berada dalam keadaan buntu.
Kami kembali berhubung ketika saya baca mengenai kisah dia. Ada satu ketika dia ‘lost’ terus, sehinggalah ada satu masa dia hubungi saya.
Saya takkan jawab nombor tak dikenali, jadi pada awal saya tak jawab sehingga dia whatsapp beritahu nama dia dan terus saya hubungi dan buat panggilan video jadi dari situ bermulanya perkongsian.
Sebelum ini, Azar dalam satu podcast mendedahkan Ozlynn merupakan individu terawal yang tampil menghulurkan bantuan kepadanya ketika melalui fasa sukar dalam kehidupannya.
Azar turut menyifatkan Ozlynn seorang sahabat yang sangat memahami selain turut menghulurkan bantuan zakat yang membolehkannya membeli keperluan anak-anak.
The post [VIDEO] ‘Saya Tolong Azar Azmi Bukan Atas Dasar Nak Menunjuk’ – Ozlynn first appeared on OHBULAN!.





