Ibu kepada pelakon jelita Anna Jobling iaitu Ariz Arop tidak ketinggalan memberi ucapan ulang tahun kelahirannya anak perempuannya.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Melahirkan & Membesarkan Adik, Semoga Mama Diberkati & Dilindungi Allah’ – Anna Jobling
Artikel Berkaitan: Peguam Perjelas Mengenai Perintah Injuksi, Tunjuk Bukti Ibu Anna Jobling Bukan Dihalau Keluar Kereta
Ucapan ibu buat Anna
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Ariz memaklumkan dia tidak berkesempatan untuk meraikan ulang tahun kelahiran Anna.
Dalam pada itu, Ariz sempat menitipkan doa buat puteri tunggalnya agar dipermudahkan perjalanan hidup.
Saya tak sambut ulang tahun kelahiran dengan Anna.
Tapi tidak mengapa, saya doakan Anna dipanjangkan umur dan semoga mudah perjalanan hidup dia.
Dia tak ingat saya pun tidak mengapa.
Anna anugerah terindah

Berkongsi lebih lanjut, Ariz menyifatkan Anna sebagai anugerah terindah yang dikurniakan Allah buatnya.
Ujarnya lanjut, dia bangga memiliki anak seperti Anna yang berjaya menapak nama di dalam industri seni.
Saya lahirkan Anna jam 3:15 petang.
Sepanjang Anna membesar, saya jaga dia dengan penuh kasih sayang dan manjakan dia.
Anna merupakan anugerah daripada Allah.
Saya gembira untuk Anna dan sangat bangga ada anak macam dia.
Cuma saya sedih tak dapat nak sambut ulang tahun kelahiran dengan Anna.
Orang lain lebih penting, biar saja lah.
Kita sebagai mak, kita dah buat yang terbaik. Hanya ibu-ibu saja yang faham.
Sumber: TikTok @kucengbaik
The post [VIDEO] Ibu Anna Jobling Titip Ucapan Hari Lahir, Bangga Dengan Pencapaian Anak – ‘Dia Anugerah Daripada Allah’ first appeared on OHBULAN!.



#fypindonesia #fyp 

