30.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek Tembak Mati Charlie Kirk Ditahan Polis

    Shopee Sale

    Seorang suspek berusia 22 tahun, Tyler Robinson, telah ditahan polis selepas dipercayai menembak mati sekutu rapat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, iaitu aktivis konservatif terkenal Charlie Kirk.

    Suspek ditahan polis

    Insiden tragis itu berlaku ketika Kirk sedang berucap dalam satu acara di Universiti Utah Valley. Robinson yang juga seorang pempengaruh dan aktivis belia sayap kanan, didakwa melepaskan tembakan yang meragut nyawa tokoh konservatif berprofil tinggi tersebut.

    Menurut Gabenor Utah, Spencer Cox, bapa kepada Robinson sendiri mengesyaki anaknya terlibat selepas mengenali wajahnya menerusi foto yang disebarkan oleh FBI dan Jabatan Keselamatan Utah. 

    Robinson kemudian mengaku kepada bapanya sebelum seorang rakan keluarga memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Penahanan itu dibuat selepas hampir dua hari  suspek melarikan diri daripada pihak polis. 

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Pangkat & Kemasyuran Takkan Kekal Lama’ – Fattah Amin

    Presiden Donald Trump dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, suspek akhirnya berjaya diberkas dan  berharap agar suspek menerima hukuman mati.

    Dalam perkembangan lain, janda kepada mendiang, Erika Kirk, akhirnya tampil bersuara mengenai kehilangan suaminya. 

    Erika pertama kali muncul pada Khamis apabila mengiringi keranda suaminya pulang ke Phoenix, Arizona, dengan ditemani Naib Presiden JD Vance dan Wanita Kedua Usha Vance menaiki pesawat rasmi Air Force Two.

    Tragedi yang menimpa Charlie Kirk ini mengejutkan komuniti konservatif di AS, memandangkan mangsa merupakan salah seorang tokoh utama yang lantang mempertahankan dasar dan perjuangan politik sayap kanan negara itu.

    Sumber: CNN

    The post Suspek Tembak Mati Charlie Kirk Ditahan Polis first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah