Konsert Exists Premium Live @ PJ yang berlangsung di Jiospace, Petaling Jaya pada 20 Disember lalu telah disaksikan oleh kira-kira 1,000 orang peminat.
Artikel Berkaitan: Satu Malam Dua Kumpulan Lagenda, Konsert Slam X Exists ‘Our Journey’ Penuh Magis!
Artikel Berkaitan: Konsert ‘EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ’ Ditunda
Vokal mantap Ezad

Ezad Lazim yang merupakan vokalis kumpulan tersebut telah membuka pentas dengan persembahan lagu Mama Tolonglah Percaya.
Menurut Ajai selaku pemain keyboard, Ezad pada malam tersebut kurang sihat namun demi peminat dia tetap meneruskan persembahan.
Ezad tak sihat hari ini, tapi demi anda semua dia melawan rasa sakit dan bersemangat untuk menghiburkan peminat yang hadir.
Persembahan kemudian diteruskan lagi dengan lagu-lagu popular Exists antaranya Menantikan Saat Termampu, Kau Lebih Dari Kejora dan Masih Terserlah Ayumu. Pada konsert tersebut Exists membawakan 21 buah lagu yang terdiri daripada karya-karya hits mereka.
Selain Ezad dan Ajai, kumpulan Exists turut dianggotai oleh Along (gitar), Musa (bass) dan Ujang (drum).
Peminat ‘sing along’
Momen yang tidak dapat dilupakan peminat adalah apabila kumpulan yang berusia lebih 30 tahun itu mempersembahkan rangkaian lagu-lagu yang melonjakkan nama mereka antaranya, Percayakan Siti, Seperti Dulu dan Julia.
Keterujaan peminat tidak dapat disorokkan lagi ketika Ezad dengan spontan turun ke bawah pentas menyantuni mereka.
Para peminat yang hadir pada malam tersebut dilihat bersemangat lalu bersama-sama berdiri dan menyanyikan lagu Mengintai Dari Tirai Kamar, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan Alasanmu.
Cabutan bertuah

Malam konsert tersebut turut menjadi hari bermakna buat dua orang peminat apabila mereka diumumkan sebagai pemenang bagi cabutan bertuah.
Seorang pemenang lelaki berjaya membawa pulang gitar yang difahamkan merupakan koleksi peribadi milik Along, manakala pemenang bagi set drum pula menjadi kepunyaan seorang peminat wanita.
The post Suara Ezad Lazim Tetap ‘Telan Kaset’ Walau Sedang Sakit, Konsert Exists Premium Live Buat Peminat Teruja first appeared on OHBULAN!.




Min sampai sekarang hafal hehe # #konsert #exists 

